Thursday, May 26, 2016

Kerana Roti Canai Frozen

In The Name Of Allah

Assalamuaikum w.b.t. Sweetheart... Kerana Roti Canai Frozen... Sekali baca macam tajuk novel... Tapi nie bukan novel... Nie Aien nak share tentang bagaimana Allah menghantar pertolongan melalui Roti Canai Frozen... 

**************************************************
Malam tadi lepas tutup kedai Aien & mama terus balik rumah, sampai je Kat rumah mama tanya, "Mana roti canai & Daging??? Bawak balik tak???", macam biasa la jawapan Aien, "laaa, mama tak amek Ke?? Ingatkan mama amek". Lepas Tu mama kata "tak pe la". Tanpa fikir apa2 Aien pun masuk bilik untuk rest... 

Lepas bersihkan diri & solat isya' mama tanya Aien, "Nak pi kedai amek tak roti canai Tu???"... Masa Tu Kat luar baru start hujan, sampai rumah pun tak sampai sejam, memang Kalau ikutkan hati, dah Malas Nak keluar, letih... Tapi tiba2 rasa macam nak jugak pergi kedai ambil roti canai tu..

Masa on the way ke kedai angin agak kuat... Sampai je dekat kedai "Allahu Rabbi" Itu yang keluar Dari mulut, frame pintu yang tengah tertolak Ke belakang, rail pintu Mcm Nak tercabut, angin sangat kuat smpai pintu jadi macam tu... 

**************************************************
Rupanya Ada Sebab tertinggal Roti Canai Frozen tu.... Allah nak Aien & mama gi kedai untuk tengok Apa yang jadi Kat kedai, masa tu rasa bersyukur sangat sebab Allah gerak Kan hati untuk gi jugak kedai untuk amek Roti Canai tu....

"Sesungguhnya Allah tak jadikan sesuatu dengan sia-sia"



Saturday, December 19, 2015

Langkah Kian Rebah...

Perlahan-lahan aku mengatur langkah...
Bimbang akan rebah di pertengahan...
Beban yang semakin lama semakin memberat..

Diri yang kian lemah dengan ujian...
Air mata yang sudah tidak mampu ditahan...
Mengalir Dan menitis perlahan-lahan...
Air mata yang dahulunya mahal kini  sudah tiada nilai...
Titisan air mata bagaikan tiada penghujung...

Tuhan... Aku mohon kuatkanlah Aku...
Tuhan... Aku mohon campakanlah secebis kekuatan kepadaku...
Tuhan... Aku mohon hapuskanlah kedukaan ini...

Saturday, December 5, 2015

Kepercyaan

Andai kepercayaan itu boleh dibeli...
Mudah untuk Kita mendapatkan Nya....
Kita boleh lakukan apa sahaja tanpa perlu khuatir Akan hilang Nya kepercayaan tersebut...

Tapi sayang.... 
Kepercayaan tidak dapat dibeli...
Buatlah apa sahaja untuk dapatkan kepercayaan itu...
Jika mereka X berniat untuk memberi kepercayaan kepada Kita, walau dunia dijadikan hadiah pertukaran, tetap kepercayaan itu tidak Kita miliki...

Managih secebis kepercayaan lebih sukar daripada mengemis di jalanan....