In The Name Of Allah...
Assalamualaikum w.b.t &
how are you sweet heart??? Fuhh3... *tiup sawang*
Blog yang sangat bersawang setelah lebih setahun menyepi.. Agak sibuk sehingga masa terbatas untuk terus menulis walaupun sangat banyak benda yang nak di kongsikan.. (",)
Kecewa atau orang kampung Aien cakap
disappointed... Mesti semua orang pernah kecewa kan.. Aien sendiri pernah kecawa & selalu kecewa... Mungkin ada yang tak pernah kecewa, Tahniah kepada sesiapa yang tak pernah kecewa tu..
Kecewa tak semestinya putus cinta tahu?? Kecewa biasanya terjadi apabila kita tak dapat memiliki apa yang kita hajat kan, contohnya macam result exam tak macam yang kita harapkan, ataupun kita berharap nak makan kat satu tempat tu tapi tempat tu tutup. Tu la antara contohnye...
Kenapa kita rasa kecewa??? Try to ask yourself, Kenapa kecewa?? Aien pernah tanya seorang sahabat, "Kenapa kita selalu rasa kecewa??".. Dia jawab, "Kerana kita terlalu bergantung kepada manusia."... Cuba kita tanya pada diri sendiri, "KENAPA KITA TERLALU BERGANTUNG KEPADA MANUSIA??".. Semalaman cuba berfikir jawapan tu.. Kita selalu meletakkan kebergantungan kepada manusia melebihi kebergantungan kepada Allah...
Beza antara kebergantungan kepada manusia dan kebergantungan kepada Allah...
Kebergantungan kepada MANUSIA: Kita pasti rasa kecewa, marah, sedih & macam2 lagi bila kita tak dapat apa yang kita hajatkan...
Kebergantungan kepada ALLAH: Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya.. Allah memberi selayaknya dengan apa yang kita patut terima.. Allah ambil sesuatu dari kita untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih awesome..
So, lepas nie cuba sandarkan harapan tu kepada Allah.. Apa2 yang kita nak, berbalik kepada Allah, mintak Allah permudahkan.. Dan cuba belajar untuk Redha dengan apa yang Allah bagi.. Bila nak kan sesuatu, Cuba fikir balik, "sebab apa aku nak benda tu?", Kalau alasan kita perlukan sesuatu tu adalah untuk kebaikan & kerana Allah, Insya-Allah Allah akan mudah kan untuk kita capai, Tapi kalau nak memiliki untuk nak menunjuk kat 1 dunia yang kita ada benda tu, bersedialah untuk kecewa...