Friday, May 11, 2012

Pengiraan Kitaran Haid..

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasa nya Aien tak update... erk.. tiba-tiba rasa segan pulak nak tulis, sebab entry kali nie agak peribadi sikit... malu sebenar nya nak tulis pasal nie, tapi oleh kerana masih ramai di kalangan muslimat yang masih kurang jelas dengan pengiraan tempoh haid, maka Allah telah memberi hidayah kepada Aien untuk tulis entry pasal nie....so shy...*blushing*
ok, now as a women or girl or gadis or wanita or perempuan, memang ade datang haid kan? ataupun orang biasa panggil datang bulan, biasa nya orang kampung Aien panggil period... untuk memudah kan pengiraan biasa nya orang perempuan nie kene ade kelender kecik yang mudah nak bawak ke mana2... so, kena tanda berapa hari period and berapa hari suci.... Darah Haid paling sekejap keluar ialah sehari semalam, kalau keluar tak sampai sehari semalam ataupun 24jam, tu bukan darah haid, tu Darah Istihadhah <--(sila klik untuk tau lebih mendalam tentang Darah Istihadhah)... Dan Darah Haid paling lama pula selama 15 hari 15 malam, kalau lebih daripada tempoh tu bukan lagi darah haid, tapi darah istihadhah...



Macammana pulak kalau baru suci beberapa hari da datang period balik??
Ramai jugak yang mengalami masalah macam nie kan... ok, mula2 tengok hari first period bile, 
contoh:
1st period : 1 mac-7 mac = 7 hari
suci         : 8 mac-10 mac = 3 hari = 10 hari
2nd period: 11 mac-18 mac = 8 hari = 18 hari, kalau di tambahkan semua jumlah da jadi 18 hari, nie dah melebihi tempoh haid yang sepatut nye, so darah yang keluar lepas dapirada hari yang ke 15 bukan lg darah haid... makne nye lepas hari yang ke 15 kena mandi wajib macam biasa dan kena solat macam biasa. Kalau darah tak berhenti sampai 3 bulan, asyik period 15 hari istihadhah 15 hari dan berterusan sampai berbulan-bulan, tu kena gi jumpa doktor, takut ada masa lah lain....

Just share ape yang Aien belajar mase zaman dulu2... Sebenarnya Aien tak berapa pandai nak explain dalam penulisan, jadi kalau ade yang tak berapa faham boleh jumpa atau call diract, insya-Allah boleh explain dengan lebih jelas....^_^

Monday, April 16, 2012

First Trial.....^_^

Assalamualaikum w.b.t

First Trial..??? Ape yang 'First Trial'nye..???? He3... Hari ni merupakan kali pertama Aien mencuba sesuatu yang baru, sesuatu yang baru tu semestinya la benda yang Aien tak berapa suka nak buat sebelum nie, benda yang Aien tak berapa nak suka tu ialah buat bisnes (business) yang tak berapa nk formal, maksud tak berapa nak formal nie macam perniagaan yang tak de kedai, tak de orang yang jage dan sebagainya. Sebelum nie Aien pernah bisnes secara formal sekali je, tu pun jual air je masa 'Karnival Keusahawanan Siswa' yang dianjurkan oleh student Muamalat, wlaupun untung tak banyak, tapi rase enjoy sangat bila Air yang kita jual orang beli dan minum....^_^ 

Mama selalu galakkan anak-anak nye buat bisnes wlaupun bisnes kecik macam jual 'jajan' ataupun orang kampung Aien panggil 'junkfood', dalam adik-beradik Aien yang minat nak bisnes pun sorang je, beliau adalah My Sis who we call Angah, cik adik nie memang sangat suka bisnes, and My Mom sangat support kalau die nak bisnes.

So, today Aien and Miela try nak bisnes secara tak formal, untuk permulaan kitorang buat Spaghetti, tak banyak pun kitorang buat, dalam 10 bungkus je. Dan Alhambulillah 9 bungkus habis, tinggal sebungkus je lagi, walaupun tak banyak untung, tapi rase puas bila tengok orang makan ape yang kita masak. Mungkin sebab kitorang bisnes nie saje suka2 dan nak tambah sikit duit poket je kot....

Spaghetti TradiNara (tradisional + cabonara)

Apa2 pun just want to say, I wanna be like My Mom, Independent and Successful woman, wife, and Mother. Mama u are My idol after Rasulullah s.a.w. Thanx Mama... ^_^


Saturday, April 14, 2012

Wanita!! Syukur Allah Masih Melindungimu



Duhai Muslimah,
Andai hidup tidak dihadiri 'Ajnabi',
Tidak bermaksud diri tidak diingini...

Usah khuatir kerana cinta Allah itu pasti,
Allah memelihara Hati & Jiwamu 
daripada didatangi pengakit (riak)...

Wanita yang sentiasa menjadi dambaan 'Ajnabi'
adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah,
Ataupun Allah sedang menguji Hatinya...

Dekatkan diri kepada Allah.
Pasti cinta kau temui...

Usah berharap cinta insani yang kau sendiri tak pasti,
Diamkan 'Ajnabi' yang kau sukai...
Berdoa pada Illahi,
Insya-Allah kau pasti dicari....

Jagalah Allah,
Pasti Allah menjagamu...