Thursday, November 20, 2014

KADANGAKALA






Kadangkala ingin ku luahkan apa yang ku rasa... Tapi ku tak berdaya...
Kadangkala ingin ku abaikan segalanya... Tapi kekuatan itu tiada...
Kadangkala ingin ku jadi yang terbaik... Tapi itu hanya sia-sia...
Kadangkala ingin ku lakukan apa yang 'mereka' katakan... Tapi aku tau itu satu DOSA...

#RBTL

Sunday, August 17, 2014

Kecewa???

In The Name Of Allah...

Assalamualaikum w.b.t & how are you sweet heart??? Fuhh3... *tiup sawang*
Blog yang sangat bersawang setelah lebih setahun menyepi.. Agak sibuk sehingga masa terbatas untuk terus menulis walaupun sangat banyak benda yang nak di kongsikan.. (",)

Kecewa atau orang kampung Aien cakap disappointed... Mesti semua orang pernah kecewa kan.. Aien sendiri pernah kecawa & selalu kecewa... Mungkin ada yang tak pernah kecewa, Tahniah kepada sesiapa yang tak pernah kecewa tu..

Kecewa tak semestinya putus cinta tahu?? Kecewa biasanya terjadi apabila kita tak dapat memiliki apa yang kita hajat kan, contohnya macam result exam tak macam yang kita harapkan, ataupun kita berharap nak makan kat satu tempat tu tapi tempat tu tutup. Tu la antara contohnye...

Kenapa kita rasa kecewa??? Try to ask yourself, Kenapa kecewa?? Aien pernah tanya seorang sahabat, "Kenapa kita selalu rasa kecewa??".. Dia jawab, "Kerana kita terlalu bergantung kepada manusia."... Cuba kita tanya pada diri sendiri, "KENAPA KITA TERLALU BERGANTUNG KEPADA MANUSIA??".. Semalaman cuba berfikir jawapan tu.. Kita selalu meletakkan kebergantungan kepada manusia melebihi kebergantungan kepada Allah...

Beza antara kebergantungan kepada manusia dan kebergantungan kepada Allah...
Kebergantungan kepada MANUSIA: Kita pasti rasa kecewa, marah, sedih & macam2 lagi bila kita tak dapat apa yang kita hajatkan...
Kebergantungan kepada ALLAH: Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya.. Allah memberi selayaknya dengan apa yang kita patut terima.. Allah ambil sesuatu dari kita untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih awesome..

So, lepas nie cuba sandarkan harapan tu kepada Allah.. Apa2 yang kita nak, berbalik kepada Allah, mintak Allah permudahkan.. Dan cuba belajar untuk Redha dengan apa yang Allah bagi.. Bila nak kan sesuatu, Cuba fikir balik, "sebab apa aku nak benda tu?", Kalau alasan kita perlukan sesuatu tu adalah untuk kebaikan & kerana Allah, Insya-Allah Allah akan mudah kan untuk kita capai, Tapi kalau nak memiliki untuk nak menunjuk kat 1 dunia yang kita ada benda tu, bersedialah untuk kecewa...

Saturday, March 23, 2013

Kahwin Boleh Selesai Masalah????

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam sejahtera Sweetheart... Lama tak meng'update' belog nie... Dah agak bersawang la kan... Sebenarnya, terlalu banyak benda yang nak di kongsikan... Tapi kekangan masa tak mengizin kan untuk selalu update... So sad... T.T

Hurm... Persoalan yang bermain diminda setiap orang bila diorang menghadapi masalah ialah jalan penyelesaian, Cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Pelbagai cara yang bermain di fikiran masing2, dan bagi sesetengah pihak berkahwin adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan beberapa masalah...

Ain pun dulu kalau berdepan dengan masalah2 tertentu, Ain pernah jugak kepikiran untuk kahwin... Pernah suatu ketika dulu Ain cakap, "Sape2 je yang masuk meminang Ain akan terima, kecuali dia" Settle masalah... Tapi tu pemikiran zaman dulu... Sekarang nie dah tak dah... Mungkin kerana meningkatnya usia, maka cara pemikiran pun mungkin berbeda... ^^,



Tapi bila fikir-fikirkan balik, macam lawak je pernah fikir macam tu... Sebenarnya, bukan semua masalah boleh selesai dengan perkahwinan... Kalau berkahwin dalam keadaan tak bersedia sepenuhnya mental & fizikal, Dan kurang ilmu kang nanti masalah lain pulak yang timbul...

Nak kahwih sebab nak elak beberapa masalah tu memang boleh.. Tapi pastikan Diri dah bersedia dari segala segi... Kena ada ilmu... Bukan pakai maen redah kahwin je... ^^,

Perkahwinan adalah FITRAH manusia... Tapi jangan sampai ianya menjadi FITNAH... =)