Friday, December 24, 2010

Berubah....

Pabila dimarahi ibubapa, "saya akan berubah mak". kata anak...
Pabila bertegang urat dengan pasangan, "I akan berubah untuk u". kata pasangannya....
Pabila ditegur oleh sahabat, "aku akan berubah lepas nie". katanya pada sahabat....
'Berubah'... sejauh mana anda faham tntang berubah atau perubahan itu sendiri... Mudah untuk berkata demikian, tetapi amat payah untuk merealisasikannya... 'Berubah' bukanlah satu perkara yang mudah, tidak semudah kata-kata... Bila bertemu dengan sahabat lama, inilah perkataan yang selalu kita keluarkan, "aku dah berubah sekarang".... Tetapi, adakah anda pasti selama mana kah anda ingin berubah..??? Sehari..??? Sebulan..??? Setahun..??? Atau untuk selama-lamanya...??? Memang mudah untuk melafazkannya... Tetapi payah untuk melakukannya... 'Berubah' ke arah ke mungkaran memang mudah, tetapi untuk berubah ke arah kebaikan sangat payah... Kadang-kala untuk berubah, kita memerlukan satu suasana yang baru, yang di sana tiada siapa yang mengenali kita.... Dengan penyataan ini, tidak bermakna jika kita masih di tempat yang lama kita tidak dapat berubah, masih boleh untuk kita berubah... Sebelum kita 'Berubah', ada beberapa perkara yang perlu kita korbankan... Kita mesti sedia mengorbankan keseronokan dunia yang hanya sementara... Kita perlu mengorbankan rakan-rakan yang melalaikan.... dan sebagainya..... Bersahabatlah dengan orang-orang yang mamapu memimpin kita ke arah kebaikan....





manusia sering lupa dan alpa..

Sunday, December 19, 2010

Perbaiki Dirimu


Kadang-kala kita tahu apa yang kita lakukan itu merupakan satu kesilapan dan satu dosa... Tetapi kita sering melaku kan nya, tanpa kita peduli akan balasan nya, walaupun kita tahu itu satu dosa.... Kita tahu berpakaian yang mendedah kan aurat itu ialah satu dosa, tetapi ramai di kalangan kita lebih suka berbuat demikian, walaupun pakaian yang mendedehkan aurat itu lebih mahal harganya berbanding pakaian muslimah...
Begitu juga dengan rokok, kita tahu rokok itu haram dan memudaratkan kesihatan, tetapi kita tetap membazirkan wang kita untuk menbelinya....
selain itu, kita juga tahu bersentuhan dengan lelaki atau perempuan yang bukan muhrih itu adalah satu dosa, tetapi kitatetap malakukannya...
Banyak yang kita tahu tetapi sering kita abaikan.... Apakah yang kita rasa jika orang mengabaikan arahan kita? Tentu sekali kita akan berasa marah... Tetapi kita sering mengabaikan perintah ALLAH, tidak rasa berdosakah kita????
ALLAh memberikan kita jalan yang mudah untuk membuat pahala, tetapi kenapa dosa juga yang kita pilih?
Buktinya, jika kita merokok, bukan sahaja membazirkan wang, malah dosa diperolehi.... Jika kita meninggal kan rokok, bukan sahaja menjimatkan wang, malah pahala juga kita akan perolehi... Renung2 kan lah... Ini bukan sekadar nasihat yang biasa, tetapi peringatan untuk diri ini yang sering alpa dan lupa...

Monday, December 13, 2010

SETIAP KALI




Kita selalu merasa apa yang kita ada hari ini adalah atas usaha kita sendiri...
Tetapi kita sering lupa, tanpa izin dan bantuannya, kita tidak akan dapat merasai apa yang kita ada pada hari ini...
Kita selalu mendabik dada dengan kejaan kita yang tidak seberapa...
Tetapi lupa kapada DIA yang memberi kejayaan itu...
Kita selalu bermegah-megah dengan dunia yang sementara....
Tetapi kita lupa pada yang kekal selamanya...
Kita terluka jika kita diabaikan oleh insan di sekeliling...
Tetapi kita sering mengabaikan NYA.... DIA yang sering membantu kita

Sunday, December 12, 2010

Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

                                    

  • Ilmu itu warisan Nabi-nabi. Sedangkan harta itu warisan Qarun, Syidad dan Fir'aun.
  • Ilmu akan m'jaga pemiliknya. Sedangkan harta minta dijaga.
  • Insan yang b'ilmu ramai kawannya. Sedangkan orang yang b'harta ramai musuhnya.
  • Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia akan bertambah. Tetapi jika harta diberikan kepada orang lain ia akan berkurang.
  • Orang yang b'ilmu disebur Karim (mulia). Sedangkan orang yang b'harta disebut Bakhil.
  • Harta boleh dicuri. Sedangkan ilmu tidak boleh dicuri.
  • Orang yang berharta akan Dihisab. Sedangkan orang yang b'ilmu m'dapat Syafaat.
  • Harta akan rosak dimakan zaman. Sedangkan ilmu kekal utuh.
  • Orang b'harta yang lupa mengaku sebagai Tuhan. Tetapi orang yang b'ilmu akan ingat dan mengaku sebagai Hamba Allah.


                                                         -dipadankan dari nasihat Saidina Ali-