Showing posts with label Tambahan Ilmu. Show all posts
Showing posts with label Tambahan Ilmu. Show all posts

Friday, February 15, 2013

Hal Yang Membuatkan Sayyidina 'Uthman Hairan

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat kepada sweetheart sekalian... Di pagi Jumaat yang indah lagi mulia nie, Aien nak kongsikan sesuatu bermanfaat untuk semua, Dan sesuatu yang boleh membuatkan kita sama-sama berfikir sejenak dan reflect balik diri kita... 




[Sayyidina 'Uthman bin Affan radhiyallaahu'anhu]


Tujuh Hal Yang MembuatkanDiriku Hairan

  1. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, namun dia masih ketawa.
  2. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, namun dia masih mencintainya.
  3. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, namun dia masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
  4. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa di Akhirat kelak ada perhitungan amal, namun dia masih sibuk mengumpul harta.
  5. Aku Hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, namun dia masih tetap melakukan dosa-dosa besar.
  6. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan yakin, namun dia masih mengenal yang lain-Nya.
  7. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuh besar nya, namun dia masih mahu mematuhinya.

 
Jom renung sejenak... Adakah kita di antara orang-orang yang membuat kan sayyidina Uthman berasa 'Hairan'??? Sama-sama kita cuba memperbaiki diri... ^_^


Tuesday, November 20, 2012

Nasihat Luqman Kepada Anaknya... ^^,

In The Name Of Allah

Assalamualaikum & salam sejahtera dear readers (bajet macam ade orang nak baca)... Hari nie Alhamdulillah Allah dah gerakkan hati Aien untuk tulis tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Sebenarnya dah lama Aien nak share kan cerita nie, since Aien baca buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran' yang Aien beli untuk Lutfi (adik bungsu), tapi tak berkesempatan... Memandang kan lagi beberapa hari Aien akan sedikit sibuk, makanya Aien pun akan share hari nie hokeyy... =)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: Inche google

Pada zaman dahulu kala, ada seorang yang bijak yang bernama Luqman. Dia mungkin cucu kepada saudara perempuan Nabi Ayub a.s atau cucu kepada ibu saudara Nabi Ayub a.s. Allah memberinya limpah kurnia dan meminta dia bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan berfirman:
"Sesiapa yang bersyukur kepada Allah akan dicucuri rahmat, tetapi jika seseorang itu menidakkan pertolongan Allah, maka Allah tidak menghendaki sesuatu daripadanya"

Pada suatu hari, Luqman memanggil anaknya lalu memberikan beberapa nasihat yang berguna. Dia berkata:
"Oh anakku, tiada lain yang patut disembah melainkan Allah; kerana memuja berhala adalah satu dosa yang keji"

Luqman berkata:
"Anakku, Allah akan mendedahkan semua perkara, sama ada ia sebesar biji sawi, sama ada ia tersorok di dalam batu atau di langit dan bumi. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui"

Luqman meneruskan:
"Anakku, berdoalah selalu" 

Luqman juga menasihati anaknya supaya bercakap untuk menegakkan keadilan dan mencegah kejahatan.
"Hendaklah bersabar dengan apa sahaja yang berlaku kepada kamu. Itu adalah tanggungjawab semua manusia."

Seterusnya Luqman menasihati anaknya:
"Jangan menghina sesama manusia"

Luqman juga memberitahu anaknya:
"Jangan bersikap sombong dan bangga diri di bumi Allah ini. Tuhan tidak menyukai orang yang angkuh dan bercakap besar. Kamu hendaklah bersikap sederhana."

Nasihat terakhir yang diberikan kepada anaknya adalah supaya bersopan santun:
"Sentiasa merendahkan suaramu. Suara yang paling kasar ialah ringkikan suara keldai"

Nasihat-nasihat berhuna yang diberikan Luqman kepada anaknya itu adalah untuk menjadi pedoman dan ikutan kita semua, supaya kitaboleh menjadi insan yang baik.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian sudah kisah 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Semoga pembaca2 dapat ape yang cuba Aien sampaikan menerusi cerita 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya' ini...... Wallahu'alam..... ^_^

P/S: Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mesej dan maksud ayat2 Allah, baca dan hayati Surah Luqman [31: 12-19], yang menceritakan tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'....

Sumber: Buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran', Kitab suci Al-Quran....


Saturday, March 24, 2012

Hukum Memakai Contact Lens

Assalamualaikum w.t.b

Morning everybody, Today I would like to share about contact lens (ayt skema bajet anak omputeh), ha3... sebenar nye Aien da lame nak share pasal kanta lekap nie atau pun orang kampung Aien panggil contact lens, sebab Aien tengok sekarang nie terlalu ramai orang pakai contact lens, da jadi trend da kan, kadang2 yang x de masalah mata pun pakai juga, nie Aien kutip 1 jawapan tentang Hukum Memakai Contact Lens..... bace ea, jangan tak bace....

nie pic Aien mase zaman muda2 dulu, masa x tau hukum lagi...ha3..

Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak  harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  • Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  • Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)


Source: IslamGRID

Tuesday, March 13, 2012

Perbankan Islam: Kewajipan atau Pilihan

Oleh: Ust. Mohd Hafiz Hj. Fauzi & Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi*



Ramai masyarakat Islam dewasa ini menyatakan bahawa perbankan Islam dan sistem ekonomi Islam hanyalah sebagai alternatif kepada mereka! Bahkan ia bukan merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagaimana kewajipan menunaikan solat lima waktusehari semalam.

Allahuakbar! Fahaman dan dakwaan seperti itu adalah tidak benar sama sekali. Perlunya kewujudan sebuah sistem perbankan yang bercirikan Islam adalah satu tanggung jawab agama dan mengikuti system tersebut adalah suatu kewajipan. Inilah realiti yang perlu disematkan ke dalam jiwa mereka yang sudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Para pembaca sekalian! Apakah matlamat sebenar kejadian dan kelahiran kita kedunia?
Kita sebenarnya dilahirkan untuk pengabdian kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah S.W.T oleh yang demikian, kewujudan sistem perbankan Islam ini bukanlah satu pilihan, malah ianya wajib bagi mencapai dan menyempurnakan konsep pengabdian tersebut. Lihat sahaja firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku (Allah)”
(Surah Az-Zariyat: 56)

Sebagaimana yang telah kita nyatakan sebentar tadi, penciptaan kita sebagai manusia adalah secara syumulnya kerana kedua-duanya adalah matlamat pengabdian tadi, pertama sebagai hamba-Nya, dan yang kedua sebagai khalifah-Nya. Dapat dirujuk dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah Al-An’aam: 165)

Oleh kerana itu, kita harus benar-benar faham bahawa sebagai hamba dan khalifah-Nya:
Kita tiada pilihan lain melainkan melaksanakan dengan taat apa sahaja sistem-sistem yang telah ‘digazetkan’ oleh Allah S.W.T ini untuk diamalkan oleh makhluk manusia.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allahmdan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Kita wajib meyakini bukan hanya sekadar percaya sahaja, bahawa setiap perintah Pencipta itu terkandung sarat di dalamnya perbagai manfaat, kelebihan dan hikmah, duniawi dan ukhrawi. Firman Allah S.W.T di bawah ada menjelaskan:

“ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara.”
(Surah Ali ‘Imran: 58)

Segala sistem atau peraturan Allah S.W.T itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia daripada terjerumus ke dalam sistem yang bertentangan dangan hukum syara’. Antaranya sistem RIBA yang dikatakan menjadi ‘ibu’ kepada sarang maksiat-maksiat kepada Allah S.W.T. Perlu kita bahawa di dalam Al-Quran hanya kepada dosa RIBA Allah S.W.T dan Rasul-Nya mengishtiharkan perang. Ini menandakan begitu dahdyat sekali system RIBA yang diamalkan.

*Utz. Mohd Hafiz Hj. Fauzi: ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad (BMMB)
 Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi: Penolong Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad       (BMMB)

Friday, December 2, 2011

Fadhilat Surah Al-Kahfi....





Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya 
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, 
maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
 maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, 
untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)







Friday, April 8, 2011

Apakah Hukum Merokok..???

nie bkn sy yg pnye ea....

Isu: Apakah sebenarnya hukum merokok..???? Dulu dgr nya makruh, skrg haram pula, kenapa?????

Hukum: Haram tanpa keraguan mengikut Ulama' kontemporari setelah kajian demi kajian moden mengesahkan rokok sgt b'bahaya utk kesihatan dan asapnya memudaratkan diri sendiri serta org lain. Kajian itu blm didapati oleh Ulama' t'dhulu ketika menghukumkan nya makruh.

Dalil: "Dan menghalalkan segala benda yang baik dan mengharamkan segala benda yang buruk" (Surah Al-A'raaf     7: 157)

* "dan jangan kamu sengaja m'campakkan diri kamu kearah kebinasaan...." (Surah Al-Baqarah 2: 195). Berdasarkan kesepakatan  doktor2 yang bijaksana lagi di percayai, merokok termasuk dalam punca2 yang menyebabkan kebinasaan tanpa keraguan.

* "Dan jgn lah kmu m'belanjakan harta mu dgn boros yg melampau" (Surah Al-Isra' 17: 26-27). Merokok adalah satu pembaziran yang memusnahkan keluarga & ekonomi.

* Hadis riwayat Abu Daud di dalam sunannya, katanya. " Harun Bin Abdullah m'critakan kpd kami, katanya Muhammad bin Basyir m'ceritakan kepada kami, katanya, Yunis Bin Ishak m'critakan  kpd  kami drpd Mujahid drpd Abu Hurairah r.a " Rasulallah SAW melarang mengambil ubr-ubatan yg keji.""(Hadis Sahih). Ubat yg keji pun syarak malarangnya apatah lg mengambil ibu sgla kekejian iaitu rokok.
-Dipetik drpd 'Info Fiqh Medik' Denyut Kasih Medik-


p/s: spe2 yg mrokok 2, bwak2 la brnti..... jgn la dok isi borang bnuh dri....

Sunday, December 12, 2010

Kelebihan Ilmu Berbanding Harta

                                    

  • Ilmu itu warisan Nabi-nabi. Sedangkan harta itu warisan Qarun, Syidad dan Fir'aun.
  • Ilmu akan m'jaga pemiliknya. Sedangkan harta minta dijaga.
  • Insan yang b'ilmu ramai kawannya. Sedangkan orang yang b'harta ramai musuhnya.
  • Jika ilmu diberikan kepada orang lain ia akan bertambah. Tetapi jika harta diberikan kepada orang lain ia akan berkurang.
  • Orang yang b'ilmu disebur Karim (mulia). Sedangkan orang yang b'harta disebut Bakhil.
  • Harta boleh dicuri. Sedangkan ilmu tidak boleh dicuri.
  • Orang yang berharta akan Dihisab. Sedangkan orang yang b'ilmu m'dapat Syafaat.
  • Harta akan rosak dimakan zaman. Sedangkan ilmu kekal utuh.
  • Orang b'harta yang lupa mengaku sebagai Tuhan. Tetapi orang yang b'ilmu akan ingat dan mengaku sebagai Hamba Allah.


                                                         -dipadankan dari nasihat Saidina Ali-