Tuesday, March 13, 2012

Perbankan Islam: Kewajipan atau Pilihan

Oleh: Ust. Mohd Hafiz Hj. Fauzi & Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi*



Ramai masyarakat Islam dewasa ini menyatakan bahawa perbankan Islam dan sistem ekonomi Islam hanyalah sebagai alternatif kepada mereka! Bahkan ia bukan merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagaimana kewajipan menunaikan solat lima waktusehari semalam.

Allahuakbar! Fahaman dan dakwaan seperti itu adalah tidak benar sama sekali. Perlunya kewujudan sebuah sistem perbankan yang bercirikan Islam adalah satu tanggung jawab agama dan mengikuti system tersebut adalah suatu kewajipan. Inilah realiti yang perlu disematkan ke dalam jiwa mereka yang sudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Para pembaca sekalian! Apakah matlamat sebenar kejadian dan kelahiran kita kedunia?
Kita sebenarnya dilahirkan untuk pengabdian kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah S.W.T oleh yang demikian, kewujudan sistem perbankan Islam ini bukanlah satu pilihan, malah ianya wajib bagi mencapai dan menyempurnakan konsep pengabdian tersebut. Lihat sahaja firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku (Allah)”
(Surah Az-Zariyat: 56)

Sebagaimana yang telah kita nyatakan sebentar tadi, penciptaan kita sebagai manusia adalah secara syumulnya kerana kedua-duanya adalah matlamat pengabdian tadi, pertama sebagai hamba-Nya, dan yang kedua sebagai khalifah-Nya. Dapat dirujuk dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah Al-An’aam: 165)

Oleh kerana itu, kita harus benar-benar faham bahawa sebagai hamba dan khalifah-Nya:
Kita tiada pilihan lain melainkan melaksanakan dengan taat apa sahaja sistem-sistem yang telah ‘digazetkan’ oleh Allah S.W.T ini untuk diamalkan oleh makhluk manusia.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allahmdan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Kita wajib meyakini bukan hanya sekadar percaya sahaja, bahawa setiap perintah Pencipta itu terkandung sarat di dalamnya perbagai manfaat, kelebihan dan hikmah, duniawi dan ukhrawi. Firman Allah S.W.T di bawah ada menjelaskan:

“ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara.”
(Surah Ali ‘Imran: 58)

Segala sistem atau peraturan Allah S.W.T itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia daripada terjerumus ke dalam sistem yang bertentangan dangan hukum syara’. Antaranya sistem RIBA yang dikatakan menjadi ‘ibu’ kepada sarang maksiat-maksiat kepada Allah S.W.T. Perlu kita bahawa di dalam Al-Quran hanya kepada dosa RIBA Allah S.W.T dan Rasul-Nya mengishtiharkan perang. Ini menandakan begitu dahdyat sekali system RIBA yang diamalkan.

*Utz. Mohd Hafiz Hj. Fauzi: ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad (BMMB)
 Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi: Penolong Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad       (BMMB)

No comments: