Tuesday, November 20, 2012

Nasihat Luqman Kepada Anaknya... ^^,

In The Name Of Allah

Assalamualaikum & salam sejahtera dear readers (bajet macam ade orang nak baca)... Hari nie Alhamdulillah Allah dah gerakkan hati Aien untuk tulis tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Sebenarnya dah lama Aien nak share kan cerita nie, since Aien baca buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran' yang Aien beli untuk Lutfi (adik bungsu), tapi tak berkesempatan... Memandang kan lagi beberapa hari Aien akan sedikit sibuk, makanya Aien pun akan share hari nie hokeyy... =)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: Inche google

Pada zaman dahulu kala, ada seorang yang bijak yang bernama Luqman. Dia mungkin cucu kepada saudara perempuan Nabi Ayub a.s atau cucu kepada ibu saudara Nabi Ayub a.s. Allah memberinya limpah kurnia dan meminta dia bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan berfirman:
"Sesiapa yang bersyukur kepada Allah akan dicucuri rahmat, tetapi jika seseorang itu menidakkan pertolongan Allah, maka Allah tidak menghendaki sesuatu daripadanya"

Pada suatu hari, Luqman memanggil anaknya lalu memberikan beberapa nasihat yang berguna. Dia berkata:
"Oh anakku, tiada lain yang patut disembah melainkan Allah; kerana memuja berhala adalah satu dosa yang keji"

Luqman berkata:
"Anakku, Allah akan mendedahkan semua perkara, sama ada ia sebesar biji sawi, sama ada ia tersorok di dalam batu atau di langit dan bumi. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui"

Luqman meneruskan:
"Anakku, berdoalah selalu" 

Luqman juga menasihati anaknya supaya bercakap untuk menegakkan keadilan dan mencegah kejahatan.
"Hendaklah bersabar dengan apa sahaja yang berlaku kepada kamu. Itu adalah tanggungjawab semua manusia."

Seterusnya Luqman menasihati anaknya:
"Jangan menghina sesama manusia"

Luqman juga memberitahu anaknya:
"Jangan bersikap sombong dan bangga diri di bumi Allah ini. Tuhan tidak menyukai orang yang angkuh dan bercakap besar. Kamu hendaklah bersikap sederhana."

Nasihat terakhir yang diberikan kepada anaknya adalah supaya bersopan santun:
"Sentiasa merendahkan suaramu. Suara yang paling kasar ialah ringkikan suara keldai"

Nasihat-nasihat berhuna yang diberikan Luqman kepada anaknya itu adalah untuk menjadi pedoman dan ikutan kita semua, supaya kitaboleh menjadi insan yang baik.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian sudah kisah 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Semoga pembaca2 dapat ape yang cuba Aien sampaikan menerusi cerita 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya' ini...... Wallahu'alam..... ^_^

P/S: Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mesej dan maksud ayat2 Allah, baca dan hayati Surah Luqman [31: 12-19], yang menceritakan tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'....

Sumber: Buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran', Kitab suci Al-Quran....


No comments: