Assalamualaikum & Salam Jumaat kepada sweetheart sekalian... Di pagi Jumaat yang indah lagi mulia nie, Aien nak kongsikan sesuatu bermanfaat untuk semua, Dan sesuatu yang boleh membuatkan kita sama-sama berfikir sejenak dan reflect balik diri kita...
Tujuh Hal Yang MembuatkanDiriku Hairan
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, namun dia masih ketawa.
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, namun dia masih mencintainya.
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, namun dia masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa di Akhirat kelak ada perhitungan amal, namun dia masih sibuk mengumpul harta.
- Aku Hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, namun dia masih tetap melakukan dosa-dosa besar.
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan yakin, namun dia masih mengenal yang lain-Nya.
- Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuh besar nya, namun dia masih mahu mematuhinya.
Jom renung sejenak... Adakah kita di antara orang-orang yang membuat kan sayyidina Uthman berasa 'Hairan'??? Sama-sama kita cuba memperbaiki diri... ^_^
No comments:
Post a Comment