Thursday, May 31, 2012

Sedang Bercinta....

In The Name of Allah

Sedang bercinta... Dilamun cinta..... Angau.... Mabuk cinta.... erk... Memang payah la kan kalau ade yag sedang bercinta kat dalam rumah nie... Asyik dengar lagu jiwang je.... he3... Memang la dah sangat parah kan kalau 1 rumah pakai layan jiwang... Nak kate tengan bercinta, x de pun... ups... Terbocor rahsia suda.... =D

Mungkin 1 rumah sudah dijangkiti 'virus' kawen kowt... Sebab ramai sangat sahabat2 dan saudara-mara yang kawen kan, lepas tu mula nak dok ngarut pasal wedding segala bagai, nak masuk 'nona' la, 'mahligai cinta' la, macam2... saje je dok buat sengal kan, memang cuti nie dok rumah dengan kanak2 nie ---> (Che Nisak & Che Ecah ), memang hari2 akan gelak guling2 sampai sakit perut ar kn... nanti kalau semua da masuk study balek, mesti rumah nie sunyi giler...

Mama pun mesti sunyi je kitorang tak de...he3... Ok2... Back to story.... Mesti korang tertanya2 kan sape yang sendang bercinta... Aien malas nak cakap sape yang tengah bercinta, biar lah gambar dibawah yang menceritakan tentang kisah mereka...




Mereka ini lah yang sedang bercinta... Benda alah nie bukan Aien punya pun, nie Ecah & Nisak punye, Aien rembat jap, guna benda alah nie memang agak best ar... Music die perghh..... Tapi Aien tak berapa suka nak guna, he3...=D
Kalau nak beli, RM65/each, nie yang kecik punye, sekarang nie senang nak cari, gi mana2 pun da ade jual...ha3... (^_^)v

Monday, May 28, 2012

Berbicara Dengan Waktu...

In The Name of Allah

“Tak ada masa laaa.”
“Kenapa rasa sekejap sangat?”
“Pergh, cepatnya masa berjalan…”
Rungutan yang biasa menjengah ke cuping telinga saya, dan biasa juga terluncur keluar dari bibir saya sendiri. Ya, masa itu berjalan dengan pantas. Maka ramailah manusia yang menjalani kehidupan dengan sia-sia, kerana dia tidak mengambil berat mengenai masa. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian….”
(Al-‘Asr: 1-2)
Allah S.W.T sendiri bersumpah dengan masa, kemudian mengaitkannya dengan kerugian manusia. Nyata di sini, rata-rata manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupan mereka dengan baik.
Saya sendiri suatu masa dahulu bukanlah penyusun waktu yang baik. Saya berpendapat ketika itu, jadual hanya sekadar mengongkong dan tidak akan memberi kebebasan untuk kita bergerak. Saya yang ada pada hari ini, kalau melihat saya ketika itu, mungkin akan tertawa kecil. Ya, saya saya ketika itu hanya melihat jadual berdasarkan jadual di sekolah dan jadual ketat yang bapa saya susun untuk saya. Sebab itu saya benci kepada jadual.



Keadaaan itu berlarutan hinggalah pada suatu hari, ketika saya sudah membesar dan belajar di sekolah menengah, saya mendengar satu penyampaian daripada seorang guru saya. Dia ada menyatakan mengenai Fiqh Awlawiyyat, yakni fikah keutamaan. Dari situ saya mendapat satu kebolehan, iaitu…. berbicara dengan waktu. Ini bukanlah sesuatu yang ajaib. Anda juga mampu berbicara dengan waktu. Bagaimana?
Apa yang saya dapat daripada penyampaiannya ketika itu ialah hidup manusia ini perlu disusun dengan baik. Yang utama perlu diutamakan, yang penting perlu didahulukan dan yang tidak ‘urgent’ boleh dilewatkan. Penyusunan itu adalah untuk mengelakkan kita daripada membazirkan masa atas perkara-perkara yang tidak penting, sehingga meninggalkan perkara-perkara yang penting.

Kemudian saya cuba menyusun kehidupan saya. Akhirnya saya terkejut.
“Banyaknya masa yang aku ada…” itulah yang terluncur keluar dari mulut saya apabila pertama kali menyusun kehidupan saya. Sehingga kini pun, saya masih boleh punya banyak kerja, tetapi tidak mengganggu hidup pun. Semuanya kerana berbicara dengan waktu.

Hidup ini ada 24 jam. Jika anda perhatikan, manusia biasanya akan tidur selama 6 jam sehari. Maka sehari masih ada baki 18 jam. 18 jam… terlalu banyak. Anda boleh isi dengan pelbagai perkara, lebih0lebih lagi ketika hujung minggu atau musim cuti.

Apabila kita menyusun kehidupan kita, menyusun aktiviti kita, merangka kehidupan kita dengan baik, kita akan lihat sebenarnya dalam kehidupan ini kita mempunyai ruang yang luas untuk diisi. Kita juga mempunyai masa yang banyak untuk digunakan. Jika kita ingin menyusun kehidupan kita, maka model atau contoh terbaik dalam menyusun masa ialah Rasulullah S.A.W.

Anda lihat RasulullahS.A.W, Baginda seorang pendakwah, Baginda juga seorang bapa, hakim, kepala Negara, suami, seorang sahabat, kepala perang dan hamba kepada Allah. Namun dalam kesibukannya, Baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Baginda sempat lagi bergaul dan makan bersama orang miskin. Sempat lagi baginda menjahit baju dan terompahnya yang koyak. Baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya, bercanda dengan sahabat-sahabat dan member penyampaian. Baginda masih punya masa untuk menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa untuk menyebarkan islam kepada orang kafir.

Nah….
Itu belum dikira lagi ibadahnya.
Bagaimana? Bukankah masa hidup Rasulullah
sehari 24 jam juga?Baginda mampu melakukan pelbagai hal, pelbagai perkara dan semua perkara itu bermakna. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam pengagihan masa. Kerja-kerjanya tiada yang tertangguh, semuanya terlaksana. Pada masa yang sama, segala hak Baginda penuhi. Hak kepada masyarakat, hak kepada keluarga, hak kepada dirinya dan hak kepada Allah SWT.
Apakah tips Rasulullah SAW? Sabda Baginda yang bermaksud:

“Daripada kebaikan islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya (tidak bermakna).”

Nah…
Adakah anda tidak teringin berbicara dengan waktu? Mungkin waktu boleh melapangkan dirinya sedikit untuk anda jika anda berbicara dengan baik kepadanya.

-Hilal Asyraf-

Sunday, May 27, 2012

Donat...

In The Name of Allah

'Donat'?? Awat la tajuk entry nie 'donat'?? Nie nak bagi resipi 'donat' ke ape..?? Ok2, Aien bukan la nak cerita pasal kuih yang bernama 'donat', Aien nak citer pasal laen...he3... Cerita nye macam nie..... Semalam Aien, mama, Ecah & lutfi gi rumah nenda terchenta, mase dalam bot 2 mama cakap sesuatu yang membuatkan Aien tersenyum macam kerang yang comel... perbualan nye macam nie:

Mama: Hensem budak lelaki 2, tapi sayang, die pakai seluar pendek, tak tutup aurat, kalau tutup aurat lagi hensem.. (sembil pandang boys tersebut)
Aien: Ha'ah (sambil senyum pandang mama)
Mama: tu donat kan..??
Aien: Ha..?? Mama ingat lagi ke pasal die..?? Mama cam lagi die walaupun die da besar..
Mama: Mesti la mama kenal...

Ha3... Macam comel je kan perbualan Aien & mama... Nak tau tak inche 'Donat' tu sape..?? jeng3.... Mr. 'Donat' tersebut adalah jejaka zaman kanak2 ku... Mase tu baru umur 9 taun kalau tak silap, Aien pun tak tau macam mana die boleh suka kat Aien mase tu, sebab Aien memang jarang balik kampung, kitorang akan balik sana kalau ada cuti panjang je, and mase tragedi suka menyuka nie terjadi tengah cuti sekolah dan Aien & adik2 spend mase cuti sekolah kitorang kat kampung je sebab parent Aien busy, so tinggal la kitorang adik-beradik kat kampung.... Kalau ingat2 balik, memang sangat comel.. Mula2 die tulis surat kat kotak mancis (musim nak raya memang kotak mancis bersepah), mase tu la mula2 kitorang kenal, tapi masa mula2 nak kenal tu la yang die boleh dapat nama 'Donat' tu... Sebab ape nama 'Donat'? Macam nie cerita die.. Si inche 'Donat' tu tulis surat kat kotak mancis yang die suka kat Aien, lepas tu angah baca... Dan die kata gini:

Angah: Elleh.. Muka macam donat, ada hati nak suka kat kakak aku...

Ha3... Baek kan adindaku terchenta... Lepas tu balik2 kitorang cetita kat nenda terchenta.. So sejak tu la family kitorang gelarkan die 'Donat' sampai sekarang... (jahatnye)

Sejak tu kalau Aien balik kampug kitorang mesti maen same2... Kebetulan nenda terchenta memang rapat dengan mak si inche 'donat' nie, selalu la masak same2 time dulu2... kalau Aien nak gi makan mesti die nak ikut, dengan alasan mak die pun ade kat situ, ape yang Aien makan, die nak jugak, Aien tak nak daging, die pun tak nak daging, die nampak tok Aien buat air limau untuk Aien, die pun bisik kat mak die nak jugak...he3... Macam sweet kan kitorang..ha3...

Tapi bila da masuk darjah 6 Aien da jarang maen dengan budak2 lelaki, termasuk inche 'donat' tersebut, and start lepas tu kitorang da tak bertegur sapa da.... Die pun da banyak berubah... dulu macam baek je... tapi sekarang... hurm... Entah la, tak tau nak cakap macam mane,  tapi tu la kan setiap orang pasti berubah, cuma sama ada die berubah ke arah kebaikan ataupun keburukan, tu terletak kat tangan die.....^^,

Lelaki memang dilahirkan hensem, tapi kalau die patuh pada ajaran agama lagi hensem, begitu juga perempuan....^^,

Friday, May 25, 2012

Besarnya Tanggungjawab...

In The Name of Allah

ok.. First of all, look at the title... ok2, sudah2 la tu tengok tajuk entry, meh sini tengok isi entry pulak..he3... ok sebenar nye dalam entry kali nie Aien nak share pasal besar nya tanggungjawab berkeluarga...he3.. Don't get me wrong ea, i'am still single, x kawen lagi pun, tapi da gi kursus kawen....(^_^)v

Ok2... Kita start crite ea, mase zaman2 sebelum gi kursus kawen, kira2 setahun yang lepas, Aien selalu rasa best nye kalau dapat kawen mase study, mungkin sebab pengaruh kawan2 yang dah kawen kowt, mase 2 rase kalau ade orang masuk meminang memeng terus nak kawen la, ade jugak cakap kt kakak2 1 rumah, "akak, tolong carikan untuk Aien sorang(sbb kakak2 2 major islamic studies)"...he3... giler gatal kan mase 2... besa la budak baru nak besar.... Lepas 2 Aien tergerak hati nak gi kursus kawen kat kolej, bila dah gi kursus kawen yang 2 hari tu baru la Aien faham yang sebenar2 nye bukan mudah untuk menghidupkan 'Baitul Muslim' dalam rumah tangga... Betapa berat nya tanggungjawab untuk jadi seorang isteri, banyak benda yang kene prepare, bukan pakai redah je, ke arah mane kita nak bawak keluarga kita, bukan 'boboi' je yang kene fikir pasal nie, 'gegel' pun kene fikir jugak tau, sebab, isteri sayap kiri suami, die yang kene tolong suami dalam membentuk keluarga yang 'sakinah' dan 'mawaddah'... ok2... Cara cakap da macam counselor rumah tangga la pulak kan...



Nie Aien nak share pasal expenses yang korang memang kene titip berat kan, nie Aien just share yang dalam family Aien je la kan, sebab Aien tak tau la family orang lain macam mana kan....he3....
Last night Aien tolong ayah Aien kira segala bagai bil yang ayah Aien nak kene bayar for this month, kira punye kira, total RM 1k++, Aien pun cakap kat ayah Aien, "wow, banyak nye, bil ape yang mahal sangat 2?"... Lepas tu ayah Aien kate, "nie baru yang ayah kene bayar, tak campur yang mama kene bayar lagi."... ok, mungkin orang lain rase tak banyak la kan, but for me RM 1k++ tu sangat la banyak sebab 2 bil2 je, tak campur yang mama kene bayar, duit kereta, keperluan rumah, duit belanja anak2, and yuran sekolah anak2 ok... Aien pernah sembang dengan mama pasal nie, mama cakap kat Aien, kos sara hidup1 family yang bilangan ahlinya 8 orang (ayah+mama+anak2+tok) lebih daripada RM 10k/month, bayang kan lah, kalau kita tak study sungguh2 and dapat kerja yang mantap2, macam mane kita nak make sure anak2 kita nanti hidup dengan selesa kan.... Bile Aien fikir balik, lagi la buat Aien takut nak kawen dalam mase terdekat nie, takut tak dapat nak manage kewangan dengan sebaik nye...^^,

Aien cerita pasal nie bukan sebab nak menunjuk ke ape, tapi, kalau korang tak caye, cube korang tanye parent korang, how much korang punye expenses for 1 month, lepas 2 korang fikir2 la betul ke tak ape yang Aien dok ngarut nie... lepas 2 korang tanye sekali betul ke tak pasal tanggungjawab 2, mungkin parent korang akan cakap 98.973% betul...he3...

Friday, May 18, 2012

Teka Teki...^_^

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki )

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

Murid 1 = ” Orang tua “
Murid 2 = ” Guru “
Murid 3 = ” Teman “
Murid 4 = ” Kaum kerabat “

Imam Ghazali = ” Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Negeri Cina “
Murid 2 = ” Bulan “
Murid 3 = ” Matahari “
Murid 4 = ” Bintang-bintang “

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun keadaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung “
Murid 2 = ” Matahari “
Murid 3 = ” Bumi “

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

IMAM GHAZALI” Apa yang paling berat didunia? “

Murid 1 = ” Baja “
Murid 2 = ” Besi “
Murid 3 = ” Gajah “

Imam Ghazali = ” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”
Murid 2 = ” Angin “
Murid 3 = ” Debu “
Murid 4 = ” Daun-daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat “

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? “

Murid- Murid dengan serentak menjawab = ” Pedang “

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri “

Renungan buat sahabat2 dan juga buat diri sendiri....=)

Hati Menangis....

In The Name of Allah

Q: Hati menangis..???
A: Yes...
Q: Again???
A: Yes.. Again and again...
Q: Why....
A: Tak tau nak cakap macam mana, kesedihan yang tak mampu diceritakan...
QUntil when...??? 
AForever and ever....
Q: Tak kan sampai macam tu..??
A: Yup, memang akan terus macam tu forever...


Macam nie lah situasinya kalau kita jauh dari Allah... Kadang2 kepala rasa serabut, jiwa rasa kacau, hati rasa sedih tapi bila ditanya kenapa, diri sendiri pun tak tau kenapa,... Kalau diri dekat dengan Allah, walau sesedih manapun kita, kita tetap boleh atasi nya, sebab kita akan sentiasa pegang, "buat ape kita nak sedih sebab manusia, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita"..... Wallahua'lam.....

Peringatan untuk diri sendiri yang hatinya sering  menangis....... 

*Q= Question
  A= Answer

Thursday, May 17, 2012

Ketidak Sepakatan...

In The Name of Allah.

Ce tengok tajuk entry nie.... eceyh...ha3... Orang kata sepakat membawa berkat kan... Nasyid kata 'Sepakat membawa berkat, asas hidup bermasyarat...bla..bla..bla...'... ok2.... Apa orang kata, apa nasyid kata biar kan mereka.. Sebab sekarang anda harus baca apa pulak Aien anak pakcik zainal nie nak kata...ha3..(gelak penjenayah)

Nie mula2 nak cerita pasal 'ketidak sepakatan' dalam persahabatan... ok2... as we know(ceyh2... bajet nak speaking) dalam persahabatan kena ada memberi & menerima atau orang kampung Aien cakap 'Give & Take', sebab kalau persahabatan tu kalau asyik 'give' takde 'take' atau sebaliknye berkemungkinan persahabat tu takkan tahan lame la kan... Persepakatan dalam persahabatan tu tetap kene ada... 
Sebab ade junior Aien tnye...

Junior: macam mane kak ain dengan kak Miela boleh kawan lame ea...

Aien: nape tanye macam 2..??
Junior: saya tak pernah nmpak kak ain dengak kak Miela gaduh, sentiasa sependapat...
Aien: ha3... ktorang hari2 gaduh, x trill la kalau baek je semedang(slalu)..

tips nye yang Aien akan merepek kt bawah nie, yang nie jugak la yang Aien dok bagi syarahan kepada junior yang bertanya 2: 
Berlainan pendapat atau pandangan tu benda biasa kowt macam agak mustahil la kan sentiasa sependapat je, tp macam Aien kata, kene ade 'Give & Take', kadang2 kte kene cuba terima pendapan orang lain jgk, sebab tak semesti nye semua pendapat kita betul kan..he3... 
Tapi kalau tak nak jugak terima pendapan orang laen, diam je, and just dengar je ape yang die kata... Kurang pergaduhan kurang la nak bermasam muka, lepas tu kurang la jugak unfriend... Be a good listener untuk kawan anda, and bersahabatlah kerana Allah, insya-Allah berkekalan hingga ke syurga... Bersahabat bukan hanya dengannya, tapi dengan keluaganya juga... Bila Aien duduk dengan her family, Aien rasa i'am parts of them (erk, btul ke ape aku tulis nie, klu salah tegur ea...)...he...^_^

Ok, now kita cakap pasal 'Ketidak Sepakatan' dalam family pulak ea... Ketidak sepadatan Dalam family... actually Aien tak tau nak comment ape pasal ketidak Sepakatan dalam family nie, sbb Aien pun tak kawen lagi kan, tapi kan ketidak sepakatan antara husband & wife maybe bley bagi effect kat anak2, yela kan... kalau parent asyik gaduh je, tu akan membuat kan anak2 depress kan..??  he3... And di sebabkan Ketidak Sepakatan dalam family jugak bley buat jadi macam nie:





He3... Ia mnyebabkan kebanyakan magazine ade 2 kat rumah, he3... Dua2 orang nak beli, nie bukan gaduh kat Book Stor tau, nie sebab diri ini tak tau orang yang Ipoh (My Sis) pun beli juga, so Aien pun Beli jugak...he3... Ade je magazine yang yang ade 1 je, bila die tau Aien da beli, so die tak kan beli la, tapi kadang2 kitorang paw mama je untuk beli...he3...^^,


*Kesepakatan harus ada sama ada dalam persahabatan, kekeluargaan, etc... o_o

Tuesday, May 15, 2012

Merawat Kelukaan...

In The Name of Allah...


Diri ini sedang cuba merawat 'luka' yang sekian lama dihati..
Luka yang entah bila akan sembuh... 
Akan sembuhkah 'luka' ini andai hari demi hari yang dilalui hanya menambahkan 'perit'
dan menjadikan 'luka' semakin 'parah'...
Semakin hari semakin 'perit' dirasakan....
Keperitan yang mampu menitiskan air mata...
Andai hari demi hari luka berdarah semula...
Entah dimana penghujung kelukaan ini....
Dengan cara apakah luka ini akan sembuh dan berhenti berdarah...??
Adakah sehingga aku melangkah pergi dari dunia ini luka ini tidak akan 'sembuh'..??
Perlukah aku mengorbankan diriku untuk melihat senyuman dibibir insan2 tersayang..????

Aku harus kuat dan tersenyum demi insan2 yang tersayang...
Walaupun hatiku bagai di'robek', di'tikam, di'cungkil'.....
Andai aku lemah... 
Mereka akan lebih lemah...
Biar hatiku hancur...
Asalkan 'mereka' mampu tersenyum semula.....
Aku akan sedaya upaya menunaikan segala 'impian' mereka selagi termampu...
Memberikan apa yang sepatutnye mereka perolehi pada usia mereka..
Walaupun diri ini perlu berkorban....
Aku sanggup....

Kerana.....
Mereka adalah segala-galanya buatku....

*Ya Allah.... 
Berilah kekuatan kepada hambamu ini....
sesungguhnya hambamu ini hampir tumbang dengan ujian yang kau berikan....


Friday, May 11, 2012

Pengiraan Kitaran Haid..

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama rasa nya Aien tak update... erk.. tiba-tiba rasa segan pulak nak tulis, sebab entry kali nie agak peribadi sikit... malu sebenar nya nak tulis pasal nie, tapi oleh kerana masih ramai di kalangan muslimat yang masih kurang jelas dengan pengiraan tempoh haid, maka Allah telah memberi hidayah kepada Aien untuk tulis entry pasal nie....so shy...*blushing*
ok, now as a women or girl or gadis or wanita or perempuan, memang ade datang haid kan? ataupun orang biasa panggil datang bulan, biasa nya orang kampung Aien panggil period... untuk memudah kan pengiraan biasa nya orang perempuan nie kene ade kelender kecik yang mudah nak bawak ke mana2... so, kena tanda berapa hari period and berapa hari suci.... Darah Haid paling sekejap keluar ialah sehari semalam, kalau keluar tak sampai sehari semalam ataupun 24jam, tu bukan darah haid, tu Darah Istihadhah <--(sila klik untuk tau lebih mendalam tentang Darah Istihadhah)... Dan Darah Haid paling lama pula selama 15 hari 15 malam, kalau lebih daripada tempoh tu bukan lagi darah haid, tapi darah istihadhah...



Macammana pulak kalau baru suci beberapa hari da datang period balik??
Ramai jugak yang mengalami masalah macam nie kan... ok, mula2 tengok hari first period bile, 
contoh:
1st period : 1 mac-7 mac = 7 hari
suci         : 8 mac-10 mac = 3 hari = 10 hari
2nd period: 11 mac-18 mac = 8 hari = 18 hari, kalau di tambahkan semua jumlah da jadi 18 hari, nie dah melebihi tempoh haid yang sepatut nye, so darah yang keluar lepas dapirada hari yang ke 15 bukan lg darah haid... makne nye lepas hari yang ke 15 kena mandi wajib macam biasa dan kena solat macam biasa. Kalau darah tak berhenti sampai 3 bulan, asyik period 15 hari istihadhah 15 hari dan berterusan sampai berbulan-bulan, tu kena gi jumpa doktor, takut ada masa lah lain....

Just share ape yang Aien belajar mase zaman dulu2... Sebenarnya Aien tak berapa pandai nak explain dalam penulisan, jadi kalau ade yang tak berapa faham boleh jumpa atau call diract, insya-Allah boleh explain dengan lebih jelas....^_^