Saturday, December 3, 2011

Kerana Dia Yang Menilaiku...



Aku adalah pendosa,
Disisih manusia atas kesilapan lama,
Kononnya telah berada di neraka
Dan tiada harapan untuk berpatah semula

Tetapi aku tidak berputus asa,
Tetap mendaki gunung perubahan diri,
Walau tersungkur semula berkali-kali,
Memang manusia di sekeliling terus mengeji
Menghulurkan tangan jauh sekali
Namun itu semua tidak mencalarkan hati

Mengapa?
Kerana Dia yang menilaiku
Manusia mungkin berputus asa denganku
Tetapi Dia kekal memberikan peluang
Manusia mungkin hilang kepercayaan kepadaku
Tetapi Dia setia memberikan waktu
Manusia mungkin putus asa denganku
Tetapi Dia sedikitpun tidak memalingkan wajahNya Yang Maha Mulia itu

Sungguh jatuh lagi aku naik semula
Walau seluruh dunia telah meninggalkan aku keseorangan sahaja
Kerana yang menilai aku bukanlah mereka
Tetapi Dia Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang atas segala-gala

~Hilal Asyraf~




Friday, December 2, 2011

Fadhilat Surah Al-Kahfi....





Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Juhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda:
“Sesiapa membaca dari Surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya 
daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, 
maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.” (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi SAW telah bersabda:
“Sesiapa membaca Surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,
 maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, 
untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.” (HR Ibnu Katsir)







Kenapa Tak Pakai Tudung Labuh...????

Assalamualaikum w.b.t

mnis kn klu pkai mcm nie....

Merujuk perkara di atas.... cey3... macam ayat surat rasmi la pulak..he3..... Ok la, dalam entry kali nie Aien nak cakap pasal kenapa tak pakai tudung labuh, ade seorang sahabat Aien pernah tanye, "kenape Aien tak pakai tudung labuh?", mungkin persoalan tu akan diajukan kepada orang yang dari kecik sekolah agama, entry nie bukan Aien nak kritik orang pakai tudung labuh ea, sebab mama & adik Aien pun pakai tudung labuh, cume Aien nak jelas kan kenape tak semua orang yang sekolah agama pakai tudung labuh, termasuk la Aien....he3
Ape yang Aien tulis nie daripada pandangan Aien je tau, mungkin tak semua orang fikir macam Aien fikir....he3.... Aien ingat satu ayat adik Aien pernah cakap, "pada akhir zaman nie, memang bende yang baek nampak pelik, balik mcm zaman jahiliyah dulu".. Tu la ayat yang adik Aien pernah cakap, memang pun kan, zaman sekarangg nie, kalau orang pakai tudung labuh memang orang pandang pelik, tapi Aien suka tengok orang pakai tudung labuh, nampak manis, ayu, sopan je...he3....

Bila cakap macam 2, mesti ada orang kate, dah tau manis, ayu, sopan, kenapa Aien tak pakai tudung labuh...he3.... Actually, orang yang pakai tudung labuh nie biase nye akan jadi perhatian, sebab apa diorang jadi perhatian?? sebab diorang nie golongan minoriti ataupun golongan yang sedikit, & bila diorang nie golongan yang sedikit, orang akan sentiasa nak cari salah diorang, sebab tu la Aien tak pakai tudung labuh, sebab Aien rase diri nie masih belum cukup baek lg, takut salah tingkah nanti tak pasal2 je kerana Aien sorang habis semua orang yang pakai tudung labuh kena blame...he3...

Tapi tak semestinye tak pakai tudung labuh tak tutup aurat kan, kalau pada pendapat Aien la kn, pakaian yang menutup aurat tu tak semestinya jubah & tudung labuh je..... Kalau kita pakai pakaian yang tak jarang, tak ketat da ok da, lepas tu pakai tudung yang menutup dada & yang belakang & pastikan tak de 'bonggol unta' rasanya tu dah cukup, lepas tu pakai sock or sarung kaki...he3.... Kalau agak2 lengan baju yang anda pakai tu boleh menampakkan aurat anda, korang boleh pakai handsock or sarung lengan...he3... Mudah & simple je kan nak tutup aurat, tak semestinya nak kena pakai jubah & tudung labuh kan...he3..

Just nak share je tentang konsep menutup aurat sebenarnya, sebab ramai yang rasa susah nak tutup aurat dengan sempurna, & ramai yang susah nak buat walaupun benda tu sebenarnya mudah.... =)