Saturday, April 14, 2012

Wanita!! Syukur Allah Masih Melindungimu



Duhai Muslimah,
Andai hidup tidak dihadiri 'Ajnabi',
Tidak bermaksud diri tidak diingini...

Usah khuatir kerana cinta Allah itu pasti,
Allah memelihara Hati & Jiwamu 
daripada didatangi pengakit (riak)...

Wanita yang sentiasa menjadi dambaan 'Ajnabi'
adalah wanita yang longgar jagaannya oleh Allah,
Ataupun Allah sedang menguji Hatinya...

Dekatkan diri kepada Allah.
Pasti cinta kau temui...

Usah berharap cinta insani yang kau sendiri tak pasti,
Diamkan 'Ajnabi' yang kau sukai...
Berdoa pada Illahi,
Insya-Allah kau pasti dicari....

Jagalah Allah,
Pasti Allah menjagamu...


Thursday, March 29, 2012

Aurat Di Mana Lebih Penting..??

Assalamualaiku w.b.t

"Aurat kat mane lagi penting, kat tempat public ke mase solat?"..... Actually tadi dah nak terlelap dah, tapi tiba2 ade 1 soalan muncul kat dalam otak, toleh tepi nampak laptop yg msih on atas meja, tiba2 rase macam nak share die punye jawapan dengan orang lain. Soalan ni senior Aien pernah tanye kat Aien & 2 orang lagi sahabat Aien taun lepas, mase 2 kitorang tengah sembang2 sambil bincang beberapa masalah yang perlu di selesaikan. Tibe2 kakak2 yang terdiri daripada MPM datang menyapa:

Senior : Assalamualaikum...
Kami  : Waalaikumussalam....
Senior : Boleh akak duduk..??? 
Kami  : Eh, duduk la, x pe... (sambil tersenyum)
Senior : Terima kasih... kakak2 nie ganggu adik2 ke..???
Kami  : Eh.. x de la, x ganggu pun, lagipun kitorang x de wat pape pn..

Senior : (sambil tersenyum).. erm.. akak nak tanye sikit boleh..
Kami  : Ade ape kak..???
Senior : Adik2 nie pernah dengar x skuad amru..??
Kami  : Rase macam pernah dengar, tapi x tau ape die...(jawab jujur)
Senior : Bla...bla...bla...bla... (terangkan pasal skuad amru)
Kami  : Oooo... (baru tau)
Senior : Jap akak nak tanye sikit nie...
Kami  : Ok, ape die kak..???
Senior : Menutup aurat mase kat tempat awam dengan mase solat, mane lagi penting..
Kami  : Erm..... (muke blur)

Senior : Akak tanye je tau, x de tujuan pape pn, nk tau pendapat adik2....
Kami  : Mase Solat (Miela), Mase solat kot (Aien, jwpn yg x pernah confident), Mase kat tempat awam (sorg lg sahabat)..

Senior : Nape cakap mase solat..???
Aien   : Sebab nak solat kn kene tutup aurat dengan sempurna.. (jawab mcm budak tadika)
Senior : Nape cakap mase kat tempat awam..??
Sahabat : Ermmmm......
Senior  : Ok2... xpe.... tapi nak tau x jawapan nye yang mane satu..??
Kami   : Nak...
Senior : Tutup aurat di tempat awam lebih penting daripada mase solat...
Kami  : nape kak...??
Senior : Sebab, kalau kita mase kite solat ade aurat yang terbuka, solat kite je yang batal, dan kita boleh solat semula... Tapi kalau mase kita keluar ke tempat awam dengan aurat yang terbuka, bukan saje solat kita yang batal, malah ia boleh menyebabkan amalah kita yang lain pun terbatal juga...
Kami  : Oooo....

Sebenar nye yang panjang berjela Aien karang nie just nak bagi tau kepentingan aurat, sebab kita selalu dengar ayat macam nie, "walaupun aku x pakai tudung, tapi aku x pernah tinggal solat tau"... Yela, kalau ternampak aurat mase Solat, 2 hanya hubungan kita dengan Allah je, kalau solat tak sah kita boleh solat semula... Tapi kalau bukak aurat kat tempat awam, ramai orang nampak, amalan2 yang lain pn boleh terbatal juga, macam mana kita nak buat...??? Aien pun bukan seorang yang sempurna dan Alim untuk menegur atau menghakimi orang lain, Aien just nk share ape yang Aien tau...



"..... Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum
sebelum mereka mengubah keadaan mereka sendiri..."
(13:11)


*Semoga kita sama2 dapat mengubah diri kepada yang lebih baik.

Saturday, March 24, 2012

Hukum Memakai Contact Lens

Assalamualaikum w.t.b

Morning everybody, Today I would like to share about contact lens (ayt skema bajet anak omputeh), ha3... sebenar nye Aien da lame nak share pasal kanta lekap nie atau pun orang kampung Aien panggil contact lens, sebab Aien tengok sekarang nie terlalu ramai orang pakai contact lens, da jadi trend da kan, kadang2 yang x de masalah mata pun pakai juga, nie Aien kutip 1 jawapan tentang Hukum Memakai Contact Lens..... bace ea, jangan tak bace....

nie pic Aien mase zaman muda2 dulu, masa x tau hukum lagi...ha3..

Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak  harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  • Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  • Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)


Source: IslamGRID