Thursday, May 31, 2012

Sedang Bercinta....

In The Name of Allah

Sedang bercinta... Dilamun cinta..... Angau.... Mabuk cinta.... erk... Memang payah la kan kalau ade yag sedang bercinta kat dalam rumah nie... Asyik dengar lagu jiwang je.... he3... Memang la dah sangat parah kan kalau 1 rumah pakai layan jiwang... Nak kate tengan bercinta, x de pun... ups... Terbocor rahsia suda.... =D

Mungkin 1 rumah sudah dijangkiti 'virus' kawen kowt... Sebab ramai sangat sahabat2 dan saudara-mara yang kawen kan, lepas tu mula nak dok ngarut pasal wedding segala bagai, nak masuk 'nona' la, 'mahligai cinta' la, macam2... saje je dok buat sengal kan, memang cuti nie dok rumah dengan kanak2 nie ---> (Che Nisak & Che Ecah ), memang hari2 akan gelak guling2 sampai sakit perut ar kn... nanti kalau semua da masuk study balek, mesti rumah nie sunyi giler...

Mama pun mesti sunyi je kitorang tak de...he3... Ok2... Back to story.... Mesti korang tertanya2 kan sape yang sendang bercinta... Aien malas nak cakap sape yang tengah bercinta, biar lah gambar dibawah yang menceritakan tentang kisah mereka...




Mereka ini lah yang sedang bercinta... Benda alah nie bukan Aien punya pun, nie Ecah & Nisak punye, Aien rembat jap, guna benda alah nie memang agak best ar... Music die perghh..... Tapi Aien tak berapa suka nak guna, he3...=D
Kalau nak beli, RM65/each, nie yang kecik punye, sekarang nie senang nak cari, gi mana2 pun da ade jual...ha3... (^_^)v

Monday, May 28, 2012

Berbicara Dengan Waktu...

In The Name of Allah

“Tak ada masa laaa.”
“Kenapa rasa sekejap sangat?”
“Pergh, cepatnya masa berjalan…”
Rungutan yang biasa menjengah ke cuping telinga saya, dan biasa juga terluncur keluar dari bibir saya sendiri. Ya, masa itu berjalan dengan pantas. Maka ramailah manusia yang menjalani kehidupan dengan sia-sia, kerana dia tidak mengambil berat mengenai masa. Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian….”
(Al-‘Asr: 1-2)
Allah S.W.T sendiri bersumpah dengan masa, kemudian mengaitkannya dengan kerugian manusia. Nyata di sini, rata-rata manusia rugi kerana tidak mengisi kehidupan mereka dengan baik.
Saya sendiri suatu masa dahulu bukanlah penyusun waktu yang baik. Saya berpendapat ketika itu, jadual hanya sekadar mengongkong dan tidak akan memberi kebebasan untuk kita bergerak. Saya yang ada pada hari ini, kalau melihat saya ketika itu, mungkin akan tertawa kecil. Ya, saya saya ketika itu hanya melihat jadual berdasarkan jadual di sekolah dan jadual ketat yang bapa saya susun untuk saya. Sebab itu saya benci kepada jadual.



Keadaaan itu berlarutan hinggalah pada suatu hari, ketika saya sudah membesar dan belajar di sekolah menengah, saya mendengar satu penyampaian daripada seorang guru saya. Dia ada menyatakan mengenai Fiqh Awlawiyyat, yakni fikah keutamaan. Dari situ saya mendapat satu kebolehan, iaitu…. berbicara dengan waktu. Ini bukanlah sesuatu yang ajaib. Anda juga mampu berbicara dengan waktu. Bagaimana?
Apa yang saya dapat daripada penyampaiannya ketika itu ialah hidup manusia ini perlu disusun dengan baik. Yang utama perlu diutamakan, yang penting perlu didahulukan dan yang tidak ‘urgent’ boleh dilewatkan. Penyusunan itu adalah untuk mengelakkan kita daripada membazirkan masa atas perkara-perkara yang tidak penting, sehingga meninggalkan perkara-perkara yang penting.

Kemudian saya cuba menyusun kehidupan saya. Akhirnya saya terkejut.
“Banyaknya masa yang aku ada…” itulah yang terluncur keluar dari mulut saya apabila pertama kali menyusun kehidupan saya. Sehingga kini pun, saya masih boleh punya banyak kerja, tetapi tidak mengganggu hidup pun. Semuanya kerana berbicara dengan waktu.

Hidup ini ada 24 jam. Jika anda perhatikan, manusia biasanya akan tidur selama 6 jam sehari. Maka sehari masih ada baki 18 jam. 18 jam… terlalu banyak. Anda boleh isi dengan pelbagai perkara, lebih0lebih lagi ketika hujung minggu atau musim cuti.

Apabila kita menyusun kehidupan kita, menyusun aktiviti kita, merangka kehidupan kita dengan baik, kita akan lihat sebenarnya dalam kehidupan ini kita mempunyai ruang yang luas untuk diisi. Kita juga mempunyai masa yang banyak untuk digunakan. Jika kita ingin menyusun kehidupan kita, maka model atau contoh terbaik dalam menyusun masa ialah Rasulullah S.A.W.

Anda lihat RasulullahS.A.W, Baginda seorang pendakwah, Baginda juga seorang bapa, hakim, kepala Negara, suami, seorang sahabat, kepala perang dan hamba kepada Allah. Namun dalam kesibukannya, Baginda sempat lagi berlumba lari dengan isterinya Aisyah. Baginda sempat lagi bergaul dan makan bersama orang miskin. Sempat lagi baginda menjahit baju dan terompahnya yang koyak. Baginda sempat pula duduk lapang dengan isterinya, bercanda dengan sahabat-sahabat dan member penyampaian. Baginda masih punya masa untuk menjadi imam setiap waktu solat dan masih ada lagi masa untuk menyebarkan islam kepada orang kafir.

Nah….
Itu belum dikira lagi ibadahnya.
Bagaimana? Bukankah masa hidup Rasulullah
sehari 24 jam juga?Baginda mampu melakukan pelbagai hal, pelbagai perkara dan semua perkara itu bermakna. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik dalam pengagihan masa. Kerja-kerjanya tiada yang tertangguh, semuanya terlaksana. Pada masa yang sama, segala hak Baginda penuhi. Hak kepada masyarakat, hak kepada keluarga, hak kepada dirinya dan hak kepada Allah SWT.
Apakah tips Rasulullah SAW? Sabda Baginda yang bermaksud:

“Daripada kebaikan islam ialah seseorang itu meninggalkan apa-apa yang tidak berguna padanya (tidak bermakna).”

Nah…
Adakah anda tidak teringin berbicara dengan waktu? Mungkin waktu boleh melapangkan dirinya sedikit untuk anda jika anda berbicara dengan baik kepadanya.

-Hilal Asyraf-

Sunday, May 27, 2012

Donat...

In The Name of Allah

'Donat'?? Awat la tajuk entry nie 'donat'?? Nie nak bagi resipi 'donat' ke ape..?? Ok2, Aien bukan la nak cerita pasal kuih yang bernama 'donat', Aien nak citer pasal laen...he3... Cerita nye macam nie..... Semalam Aien, mama, Ecah & lutfi gi rumah nenda terchenta, mase dalam bot 2 mama cakap sesuatu yang membuatkan Aien tersenyum macam kerang yang comel... perbualan nye macam nie:

Mama: Hensem budak lelaki 2, tapi sayang, die pakai seluar pendek, tak tutup aurat, kalau tutup aurat lagi hensem.. (sembil pandang boys tersebut)
Aien: Ha'ah (sambil senyum pandang mama)
Mama: tu donat kan..??
Aien: Ha..?? Mama ingat lagi ke pasal die..?? Mama cam lagi die walaupun die da besar..
Mama: Mesti la mama kenal...

Ha3... Macam comel je kan perbualan Aien & mama... Nak tau tak inche 'Donat' tu sape..?? jeng3.... Mr. 'Donat' tersebut adalah jejaka zaman kanak2 ku... Mase tu baru umur 9 taun kalau tak silap, Aien pun tak tau macam mana die boleh suka kat Aien mase tu, sebab Aien memang jarang balik kampung, kitorang akan balik sana kalau ada cuti panjang je, and mase tragedi suka menyuka nie terjadi tengah cuti sekolah dan Aien & adik2 spend mase cuti sekolah kitorang kat kampung je sebab parent Aien busy, so tinggal la kitorang adik-beradik kat kampung.... Kalau ingat2 balik, memang sangat comel.. Mula2 die tulis surat kat kotak mancis (musim nak raya memang kotak mancis bersepah), mase tu la mula2 kitorang kenal, tapi masa mula2 nak kenal tu la yang die boleh dapat nama 'Donat' tu... Sebab ape nama 'Donat'? Macam nie cerita die.. Si inche 'Donat' tu tulis surat kat kotak mancis yang die suka kat Aien, lepas tu angah baca... Dan die kata gini:

Angah: Elleh.. Muka macam donat, ada hati nak suka kat kakak aku...

Ha3... Baek kan adindaku terchenta... Lepas tu balik2 kitorang cetita kat nenda terchenta.. So sejak tu la family kitorang gelarkan die 'Donat' sampai sekarang... (jahatnye)

Sejak tu kalau Aien balik kampug kitorang mesti maen same2... Kebetulan nenda terchenta memang rapat dengan mak si inche 'donat' nie, selalu la masak same2 time dulu2... kalau Aien nak gi makan mesti die nak ikut, dengan alasan mak die pun ade kat situ, ape yang Aien makan, die nak jugak, Aien tak nak daging, die pun tak nak daging, die nampak tok Aien buat air limau untuk Aien, die pun bisik kat mak die nak jugak...he3... Macam sweet kan kitorang..ha3...

Tapi bila da masuk darjah 6 Aien da jarang maen dengan budak2 lelaki, termasuk inche 'donat' tersebut, and start lepas tu kitorang da tak bertegur sapa da.... Die pun da banyak berubah... dulu macam baek je... tapi sekarang... hurm... Entah la, tak tau nak cakap macam mane,  tapi tu la kan setiap orang pasti berubah, cuma sama ada die berubah ke arah kebaikan ataupun keburukan, tu terletak kat tangan die.....^^,

Lelaki memang dilahirkan hensem, tapi kalau die patuh pada ajaran agama lagi hensem, begitu juga perempuan....^^,