Saturday, March 23, 2013

Kahwin Boleh Selesai Masalah????

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam sejahtera Sweetheart... Lama tak meng'update' belog nie... Dah agak bersawang la kan... Sebenarnya, terlalu banyak benda yang nak di kongsikan... Tapi kekangan masa tak mengizin kan untuk selalu update... So sad... T.T

Hurm... Persoalan yang bermain diminda setiap orang bila diorang menghadapi masalah ialah jalan penyelesaian, Cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Pelbagai cara yang bermain di fikiran masing2, dan bagi sesetengah pihak berkahwin adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan beberapa masalah...

Ain pun dulu kalau berdepan dengan masalah2 tertentu, Ain pernah jugak kepikiran untuk kahwin... Pernah suatu ketika dulu Ain cakap, "Sape2 je yang masuk meminang Ain akan terima, kecuali dia" Settle masalah... Tapi tu pemikiran zaman dulu... Sekarang nie dah tak dah... Mungkin kerana meningkatnya usia, maka cara pemikiran pun mungkin berbeda... ^^,



Tapi bila fikir-fikirkan balik, macam lawak je pernah fikir macam tu... Sebenarnya, bukan semua masalah boleh selesai dengan perkahwinan... Kalau berkahwin dalam keadaan tak bersedia sepenuhnya mental & fizikal, Dan kurang ilmu kang nanti masalah lain pulak yang timbul...

Nak kahwih sebab nak elak beberapa masalah tu memang boleh.. Tapi pastikan Diri dah bersedia dari segala segi... Kena ada ilmu... Bukan pakai maen redah kahwin je... ^^,

Perkahwinan adalah FITRAH manusia... Tapi jangan sampai ianya menjadi FITNAH... =)

Friday, February 15, 2013

Hal Yang Membuatkan Sayyidina 'Uthman Hairan

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat kepada sweetheart sekalian... Di pagi Jumaat yang indah lagi mulia nie, Aien nak kongsikan sesuatu bermanfaat untuk semua, Dan sesuatu yang boleh membuatkan kita sama-sama berfikir sejenak dan reflect balik diri kita... 




[Sayyidina 'Uthman bin Affan radhiyallaahu'anhu]


Tujuh Hal Yang MembuatkanDiriku Hairan

  1. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, namun dia masih ketawa.
  2. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, namun dia masih mencintainya.
  3. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, namun dia masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
  4. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa di Akhirat kelak ada perhitungan amal, namun dia masih sibuk mengumpul harta.
  5. Aku Hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, namun dia masih tetap melakukan dosa-dosa besar.
  6. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan yakin, namun dia masih mengenal yang lain-Nya.
  7. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuh besar nya, namun dia masih mahu mematuhinya.

 
Jom renung sejenak... Adakah kita di antara orang-orang yang membuat kan sayyidina Uthman berasa 'Hairan'??? Sama-sama kita cuba memperbaiki diri... ^_^


Wednesday, February 13, 2013

Can I..???

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Apa khabar sweetheart.?? Harap semuanya sihat2 belaka & semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah... ^_^
Dalam entry hari nie Ain macam nak cerita pasal apabila budak2 mintak nak memasuki fasa yang baru... Tau tak fasa yang baru tu apa??? Fasa yang baru tu maksudnya daripada bujang nak masuk ke fasa yang lain iaitu fasa perkahwinan... He3... Tadi adik Ain ada jumpa Ain dan kitorang sembang kejap, sebab dah lama tak sembang kan...


My Bro: Akak... Aku macam dalam dilema la..
Ain : Dah kenapa pulak nak dilema nie??
My Bro: Hurm.. Aku nak sambung study, Tapi A***(gelpren die) suruh aku gi masuk meminang dia, Die tak nak sambung study... Setiap kali call die suruh aku gi jumpa parent die cakap pasal nie, rimas la...
Ain : Hurm... Kakak tak tau nak cakap ape, Yang mampu akak cakap korang fikir la yang terbaek.. Korang muda lagi, baru lepas SPM... Jauh lagi perjalanan....
My Bro: *diam*
***END***

Maka berakhirlah conversation kitorang...  Sebenarnya Ain bukan lah berniat nak menghalang die nak bertunang, tak de pun terniat kat hati nak cakap "Eh2.. Jangan nak langkah bendul".. Tak de, Kalau diri dia tu dah bersedia, langkah la berapa banyak bendul yang dia nak langkah, sikit pun Ain tak kisah.. Nie baru lepas SPM kot, jauh lagi perjalanan...

Kalau nak kawen sebab nak elak maksiat, Ain dengan rela hati akan gi pujuk mama suruh gi pinangkan si A*** tu untuk adinda terchenta... Nie kalau nak kawen sebab malas nak sambung study... Malam sikit kekandamu yang baik hati nie nak menolong nya... Memang tak la kan Ain nak tolong... Zaman sekarang nie pelajaran tu penting kot...

Perempuan pun kalau boleh belajar tinggi-tinggi, jangan sesekali pernah fikir "aku perempuan, belajar tinggi mana pun kat dapur jugak tempat aku, baek aku tak payah belajar"... sebab kita tak tau ape yang akan jadi pada masa akan datang... Cuba fikir untuk jangka masa panjang... Belajar tinggi-tinggi, kerja elok-elok... Nanti dah kawen, terserah nak terus kerja ataupun nak berhenti... Hurm... Rasa nya kena gi jumpa bakal adik ipar tu, nak kena bagi tazkirah sikit kat die... =.="

Huh... Dah habis membebel... Jangan terburu2 dalam buat keputusan yang penting nie... Kawen bukan sehari dua.. sekarang nie korang muda lagi, memang la rasa kawen tu best, sanggup tak nak sambung study sebab nak kawen... tapi nanti bila dah ada anak, masa tu pulak kerja siang malam baru dapat gaji  RM50 sehari, dengan anak-anak nak membesar, keperluan keluarga semua nak kena penuhi, time tu baru korang akan rasa menyesal sebab tak sambung belajar...
Fikir lah sebelum buat apa2 keputusan tu...
Rasulullah berkata: "Bertindak dengan perlahan-lahan adalah dari Allah, dan terburu-buru itu daripada syaitan" 
Ok... Dah habis dah membebel untuk fasa kedua... Apa-apapun, istikharah la, mintak Allah tunjuk jalan yang terbaik... ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru Semuanya Baru...

In The Name Of Allah...

Assalamualaikun & selamat tahun baru sweetheart... Secara tak rasminya umur kita meningkat naik lagi satu tangga, maka makin meningkatnya usia bermakna semakin dekatnya kita dengan kematian... Entry hari nie bukan entry penutup, tapi ia merupakan permulaan lembaran baru bagi seorang 'AIEN'.. Cewwah... Kemaen lagi ayat dia... Ha3... =.="

Macam tahun-tahun yang sebelumnya la kan.. Setiap kali tahun baru menjelma, mesti semua pakat dok 'berazam'... Macam-macam 'azam', "Azam aku tahun ni aku nak berubah", "Start hari nie aku da tak nak kacau orang",  "Azam aku tahun ialah nak menyempurnakan segala azam yang pernah aku buat sejak 28 tahun lalu tapi satu pun belum tertunai", and bla bla bla... Banyak lagi la 'azam' yang konon nya harus ditunaikan... Tapi sampai je ke tengah tahun, mana pergi segala 'azam' tu semua..?? Ke laut semuanya... Betul tak... Ha3... Sebenar nya bukan nak bebel pasal 'azam' sangat pun, tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri jugak la kan.... 


Kalau perasan la kan, sejak-sejak habis sekolah, dah tak berapa rasa sangat tahun baru tu, tak tau la orang lain macam mana.. Tapi aku seriously tak rasa apa istimewanya tahun baru.. Kadang-kadang sampaikan jadi gini ---> "Eh, hari nie da 31 Dec ea... Tak perasan pun"... Kan3... Ha3... Kalau masa sekolah dulu, kita cukup perasan tahun baru, sebab setiap kali masuk tahun baru, mesti pergi sekolah semuanya baru, Bag sekolah, Kasut sekolah, Baju sekolah, etc... Tapi bila dah habis sekolah tahun baru tak berapa nak rasa sangat, sebab apa?? Sebab masa tahun baru semua orang tengah sibuk dengan kelas la, exam la, assignment la etc... 

Tapi pada aku Tahun Baru 2013 ni sedikit berbeda... Sebab, insya-Allah jika di panjangkan usia & di izinkan Allah pada 1/1/2013 aku akan mendaftar untuk sambung study... Ha3... Macam kanak-kanak baru nak masuk sekolah la kan... Nie baru nama nya betul-betul tahun baru, and semua nya baru... Rasa macam tak sabar-sabar je nak masuk belajar... Macam perasaan first day sekolah gitu... Ha3... Saja ja buat excited.. Padahal takda apa-apa pun... Bhahahahaha

Akhir kalam dari saya 'Majulah Sukan Untuk Negara'... Eh silap2... Selamat Tahun Baru 2013... Semoga Tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Dan moga hari ini lebih baik dari semalam dan begitu juga untuk hari-hari yang OnTheWay(Dibaca: mendatang)... Adios~ 

Wasalam... ^_^