In The Name of Allah
Assalamualaikum & Apa khabar
sweetheart.?? Harap semuanya sihat2 belaka & semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah... ^_^
Dalam
entry hari nie Ain macam nak cerita pasal apabila budak2 mintak nak memasuki fasa yang baru... Tau tak fasa yang baru tu apa??? Fasa yang baru tu maksudnya daripada bujang nak masuk ke fasa yang lain iaitu fasa perkahwinan... He3... Tadi adik Ain ada jumpa Ain dan kitorang sembang kejap, sebab dah lama tak sembang kan...
My Bro: Akak... Aku macam dalam dilema la..
Ain : Dah kenapa pulak nak dilema nie??
My Bro: Hurm.. Aku nak sambung study, Tapi A***(gelpren die) suruh aku gi masuk meminang dia, Die tak nak sambung study... Setiap kali call die suruh aku gi jumpa parent die cakap pasal nie, rimas la...
Ain : Hurm... Kakak tak tau nak cakap ape, Yang mampu akak cakap korang fikir la yang terbaek.. Korang muda lagi, baru lepas SPM... Jauh lagi perjalanan....
My Bro: *diam*
***END***
Maka berakhirlah
conversation kitorang... Sebenarnya Ain bukan lah berniat nak menghalang die nak bertunang, tak de pun terniat kat hati nak cakap "Eh2.. Jangan nak langkah bendul".. Tak de, Kalau diri dia tu dah bersedia, langkah la berapa banyak bendul yang dia nak langkah, sikit pun Ain tak kisah.. Nie baru lepas SPM kot, jauh lagi perjalanan...
Kalau nak kawen sebab nak elak maksiat, Ain dengan rela hati akan gi pujuk mama suruh gi pinangkan si A*** tu untuk adinda terchenta... Nie kalau nak kawen sebab malas nak sambung
study... Malam sikit kekandamu yang baik hati nie nak menolong nya... Memang tak la kan Ain nak tolong... Zaman sekarang nie pelajaran tu penting kot...
Perempuan pun kalau boleh belajar tinggi-tinggi, jangan sesekali pernah fikir "aku perempuan, belajar tinggi mana pun kat dapur jugak tempat aku, baek aku tak payah belajar"... sebab kita tak tau ape yang akan jadi pada masa akan datang... Cuba fikir untuk jangka masa panjang... Belajar tinggi-tinggi, kerja elok-elok... Nanti dah kawen, terserah nak terus kerja ataupun nak berhenti... Hurm... Rasa nya kena gi jumpa bakal adik ipar tu, nak kena bagi tazkirah sikit kat die... =.="
Huh... Dah habis membebel... Jangan terburu2 dalam buat keputusan yang penting nie... Kawen bukan sehari dua.. sekarang nie korang muda lagi, memang la rasa kawen tu best, sanggup tak nak sambung study sebab nak kawen... tapi nanti bila dah ada anak, masa tu pulak kerja siang malam baru dapat gaji RM50 sehari, dengan anak-anak nak membesar, keperluan keluarga semua nak kena penuhi, time tu baru korang akan rasa menyesal sebab tak sambung belajar...
Fikir lah sebelum buat apa2 keputusan tu...
Rasulullah berkata: "Bertindak dengan perlahan-lahan adalah dari Allah, dan terburu-buru itu daripada syaitan"
Ok... Dah habis dah membebel untuk fasa kedua... Apa-apapun, istikharah la, mintak Allah tunjuk jalan yang terbaik... ^_^