Saturday, March 24, 2012

Hukum Memakai Contact Lens

Assalamualaikum w.t.b

Morning everybody, Today I would like to share about contact lens (ayt skema bajet anak omputeh), ha3... sebenar nye Aien da lame nak share pasal kanta lekap nie atau pun orang kampung Aien panggil contact lens, sebab Aien tengok sekarang nie terlalu ramai orang pakai contact lens, da jadi trend da kan, kadang2 yang x de masalah mata pun pakai juga, nie Aien kutip 1 jawapan tentang Hukum Memakai Contact Lens..... bace ea, jangan tak bace....

nie pic Aien mase zaman muda2 dulu, masa x tau hukum lagi...ha3..

Soalan
Assalamualaikum., saya ingin bertanya, apakah hukum memakai kanta lekap berwarna?

Jawapan
Waalaikumussalam. Boleh memakai kanta tersebut dengan tujuan untuk perubatan atas nasihat pakar perubatan untuk memulihkan penglihatan dan bukan tujuan perhiasan atau penipuan.

1. Tujuan perubatan – iaitu orang yang memakainya kerana masalah mata yang dihadapinya, iaitu ia memakainya sebagai ganti cermin mata. Hukumnya adalah harus dengan syarat tidak mendatang mudarat kepada mata.

2. Tujuan perhiasan – iaitu memakainya sekadar suka-suka, bukan kerana keperluan (yakni bukan kerana masalah mata). Ia masuk dalam hukum perhiasan. Perhiasan diharuskan selagi tidak melanggar batasan Syara, iaitu;

  • Tidak mendedahkan aurat dan berlaku tabarruj
  • Tidak mendatangkan fitnah iaitu menimbulkan ghairah orang lain –terutamanya wanita- (yakni tidak  harus wanita memakai    perhiasan yang boleh mendatangkan ghairah atau mencuri perhatian lelaki kepadanya).
  • Tidak mengubah ciptaan Allah.
  • Tidak berupa penipuan atau pemalsuan.
  • Tidak menyerupai perbuatan orang kafir.
  • Tidak berlebihan.
  • Tidak memudaratkan

Merujuk kepada syarat-syarat di atas, sebahagian ulamak telah memfatwakan haram memakai contact lens yang berwarna (yakni mengubah warna mata yang asal) kerana ia mengubah ciptaan Allah, berupa penipuan/pemalsuan dan meniru perbuatan orang kafir di samping ia memudaratkan sebagaimana disahkan oleh para doctor sendiri. Di tambah lagi bagi perempuan, ia boleh menimbulkan fitnah (iaitu mencuri perhatian lelaki kepadanya)


Source: IslamGRID

Tuesday, March 13, 2012

Perbankan Islam: Kewajipan atau Pilihan

Oleh: Ust. Mohd Hafiz Hj. Fauzi & Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi*



Ramai masyarakat Islam dewasa ini menyatakan bahawa perbankan Islam dan sistem ekonomi Islam hanyalah sebagai alternatif kepada mereka! Bahkan ia bukan merupakan kewajipan yang perlu dilaksanakan sebagaimana kewajipan menunaikan solat lima waktusehari semalam.

Allahuakbar! Fahaman dan dakwaan seperti itu adalah tidak benar sama sekali. Perlunya kewujudan sebuah sistem perbankan yang bercirikan Islam adalah satu tanggung jawab agama dan mengikuti system tersebut adalah suatu kewajipan. Inilah realiti yang perlu disematkan ke dalam jiwa mereka yang sudah mengucapkan dua kalimah syahadah.

Para pembaca sekalian! Apakah matlamat sebenar kejadian dan kelahiran kita kedunia?
Kita sebenarnya dilahirkan untuk pengabdian kepada Tuhan Yang Satu iaitu Allah S.W.T oleh yang demikian, kewujudan sistem perbankan Islam ini bukanlah satu pilihan, malah ianya wajib bagi mencapai dan menyempurnakan konsep pengabdian tersebut. Lihat sahaja firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Dan tidak aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaku (Allah)”
(Surah Az-Zariyat: 56)

Sebagaimana yang telah kita nyatakan sebentar tadi, penciptaan kita sebagai manusia adalah secara syumulnya kerana kedua-duanya adalah matlamat pengabdian tadi, pertama sebagai hamba-Nya, dan yang kedua sebagai khalifah-Nya. Dapat dirujuk dalam firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“ Dan Dialah yang menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggikan sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat, untuk mengujimu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat siksaan-Nya, dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
( Surah Al-An’aam: 165)

Oleh kerana itu, kita harus benar-benar faham bahawa sebagai hamba dan khalifah-Nya:
Kita tiada pilihan lain melainkan melaksanakan dengan taat apa sahaja sistem-sistem yang telah ‘digazetkan’ oleh Allah S.W.T ini untuk diamalkan oleh makhluk manusia.
Dan tidaklah harus bagi orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan apabila Allah dan Rasul-Nya menetapkan keputusan mengenai sesuatu perkara (tidaklah harus mereka) mempunyai hak memilih ketetapan sendiri mengenai urusan mereka. Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allahmdan Rasul-Nya maka sesungguhnya dia telah sesat dengan kesesatan yang jelas nyata.
Kita wajib meyakini bukan hanya sekadar percaya sahaja, bahawa setiap perintah Pencipta itu terkandung sarat di dalamnya perbagai manfaat, kelebihan dan hikmah, duniawi dan ukhrawi. Firman Allah S.W.T di bawah ada menjelaskan:

“ Demikianlah (perihal Nabi Isa), yang kami membacakannya kepadamu (wahai Muhammad, adalah ia) sebahagian dari hujah-hujah keterangan (yang membuktikan kebenarannya), dan dari Al-Quran yang penuh dengan hikmat-hikmat (pengetahuan yang tepat, lagi sentiasa terpelihara.”
(Surah Ali ‘Imran: 58)

Segala sistem atau peraturan Allah S.W.T itu adalah bertujuan untuk menyelamatkan umat manusia daripada terjerumus ke dalam sistem yang bertentangan dangan hukum syara’. Antaranya sistem RIBA yang dikatakan menjadi ‘ibu’ kepada sarang maksiat-maksiat kepada Allah S.W.T. Perlu kita bahawa di dalam Al-Quran hanya kepada dosa RIBA Allah S.W.T dan Rasul-Nya mengishtiharkan perang. Ini menandakan begitu dahdyat sekali system RIBA yang diamalkan.

*Utz. Mohd Hafiz Hj. Fauzi: ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad (BMMB)
 Utz. Mohd Fadhli Mohd Faudzi: Penolong Ketua Jabatan Syariah Bank Muamalat Malaysia Barhad       (BMMB)

Thursday, March 8, 2012

Lelakipun Ada Perasaan...^_^

Assalamualaikum w.b.t

Selamat petang & ape khabar inche pembaca sekalian (bajet macam ramai sangat orang yang bace, he3...).... Ok, untuk kesekiankalinya tajuk Entry macam ade something,he3.... Tapi ape yang Aien nak story dalam Entry kali nie tentang luahan hati seorang buda lelaki nie, agak menyentuh hati dan dapat membuatkan semua yang de kt situ terdiam (macam ramai sangat je yang ade mase 2), actually Aien tak de kat tempat kejadian mase 2, tp ade orang yang cerita mase Aien balik rumah hari 2..... Dialog die lebih kurang macam nie la....

Angah : Lutfi nie macam perempuan la, Lutfi x boleh lembik, sikit2 nangis, sikit2 merajuk, sikit2 terasa.....
Lutfi  : ...........................................
Angah : Lutfi 2 lelaki, tak boleh lemah, kena kuat, nie x, lelaki x boleh cepat terasa...
Lutfi  : Angah, lelaki pun ade perasaan tau....
Angah : .......................................

Nie kisah Adik Aien buat luahan perasaan bile hari2 kene tembak dengan kakak2 die, mane x nye, hari2 kene kutuk kate die macam peremuan, sape yang tahan ye dak, 2 yang last sekali die keluar ayat pasrah 2, tapi, budak kecik 2 kalau die dah start berkata2, memang automatic semua orang kat dalam rumah 2 akan terdiam... nanti bile die dah besar mesti kitorang akan rindu die mase kecik2.... sebab kalau die da besar nanti, sape yang yang layan perangai x berape betul kakak2 die nie kn, & x de sape da yang kitorang boleh usik lagi.... sekarang nie pun kalau die x de kat rumah 1 hari pun  kitorang da rase sunyi... Hmmmmm.... 


Lutfi & Aisyah, diorang nie memang suke date berdua je... Tapi tempat date x menarik langsung..
nak tau x nie kat mane, kat tepi jalan, kat jalan TAR...he3

*Lutfi!!!!!!!!!!!!!!!! I miss U....^_^