Thursday, May 26, 2016

Kerana Roti Canai Frozen

In The Name Of Allah

Assalamuaikum w.b.t. Sweetheart... Kerana Roti Canai Frozen... Sekali baca macam tajuk novel... Tapi nie bukan novel... Nie Aien nak share tentang bagaimana Allah menghantar pertolongan melalui Roti Canai Frozen... 

**************************************************
Malam tadi lepas tutup kedai Aien & mama terus balik rumah, sampai je Kat rumah mama tanya, "Mana roti canai & Daging??? Bawak balik tak???", macam biasa la jawapan Aien, "laaa, mama tak amek Ke?? Ingatkan mama amek". Lepas Tu mama kata "tak pe la". Tanpa fikir apa2 Aien pun masuk bilik untuk rest... 

Lepas bersihkan diri & solat isya' mama tanya Aien, "Nak pi kedai amek tak roti canai Tu???"... Masa Tu Kat luar baru start hujan, sampai rumah pun tak sampai sejam, memang Kalau ikutkan hati, dah Malas Nak keluar, letih... Tapi tiba2 rasa macam nak jugak pergi kedai ambil roti canai tu..

Masa on the way ke kedai angin agak kuat... Sampai je dekat kedai "Allahu Rabbi" Itu yang keluar Dari mulut, frame pintu yang tengah tertolak Ke belakang, rail pintu Mcm Nak tercabut, angin sangat kuat smpai pintu jadi macam tu... 

**************************************************
Rupanya Ada Sebab tertinggal Roti Canai Frozen tu.... Allah nak Aien & mama gi kedai untuk tengok Apa yang jadi Kat kedai, masa tu rasa bersyukur sangat sebab Allah gerak Kan hati untuk gi jugak kedai untuk amek Roti Canai tu....

"Sesungguhnya Allah tak jadikan sesuatu dengan sia-sia"



Saturday, December 19, 2015

Langkah Kian Rebah...

Perlahan-lahan aku mengatur langkah...
Bimbang akan rebah di pertengahan...
Beban yang semakin lama semakin memberat..

Diri yang kian lemah dengan ujian...
Air mata yang sudah tidak mampu ditahan...
Mengalir Dan menitis perlahan-lahan...
Air mata yang dahulunya mahal kini  sudah tiada nilai...
Titisan air mata bagaikan tiada penghujung...

Tuhan... Aku mohon kuatkanlah Aku...
Tuhan... Aku mohon campakanlah secebis kekuatan kepadaku...
Tuhan... Aku mohon hapuskanlah kedukaan ini...

Saturday, December 5, 2015

Kepercyaan

Andai kepercayaan itu boleh dibeli...
Mudah untuk Kita mendapatkan Nya....
Kita boleh lakukan apa sahaja tanpa perlu khuatir Akan hilang Nya kepercayaan tersebut...

Tapi sayang.... 
Kepercayaan tidak dapat dibeli...
Buatlah apa sahaja untuk dapatkan kepercayaan itu...
Jika mereka X berniat untuk memberi kepercayaan kepada Kita, walau dunia dijadikan hadiah pertukaran, tetap kepercayaan itu tidak Kita miliki...

Managih secebis kepercayaan lebih sukar daripada mengemis di jalanan....

Friday, December 4, 2015

Nilai Setitis Air Mata

In The Name Of Allah

Nilai setitis air mata... 
Nilai setitis air mata lebih berharga daripada sebutir permata... 
Air mata terlalu mahal harganya....
Jadi Aku mohon agar Kau, Kau, dan Kau jangan bazirkan nya... 

Aku mohon jangan Kau menangisi Akan perkara yang sia-sia, tiada makna..
Menangislah kerana mengenang dosa hamba kepada Sang Pencipta....

Thursday, November 20, 2014

KADANGAKALA






Kadangkala ingin ku luahkan apa yang ku rasa... Tapi ku tak berdaya...
Kadangkala ingin ku abaikan segalanya... Tapi kekuatan itu tiada...
Kadangkala ingin ku jadi yang terbaik... Tapi itu hanya sia-sia...
Kadangkala ingin ku lakukan apa yang 'mereka' katakan... Tapi aku tau itu satu DOSA...

#RBTL

Sunday, August 17, 2014

Kecewa???

In The Name Of Allah...

Assalamualaikum w.b.t & how are you sweet heart??? Fuhh3... *tiup sawang*
Blog yang sangat bersawang setelah lebih setahun menyepi.. Agak sibuk sehingga masa terbatas untuk terus menulis walaupun sangat banyak benda yang nak di kongsikan.. (",)

Kecewa atau orang kampung Aien cakap disappointed... Mesti semua orang pernah kecewa kan.. Aien sendiri pernah kecawa & selalu kecewa... Mungkin ada yang tak pernah kecewa, Tahniah kepada sesiapa yang tak pernah kecewa tu..

Kecewa tak semestinya putus cinta tahu?? Kecewa biasanya terjadi apabila kita tak dapat memiliki apa yang kita hajat kan, contohnya macam result exam tak macam yang kita harapkan, ataupun kita berharap nak makan kat satu tempat tu tapi tempat tu tutup. Tu la antara contohnye...

Kenapa kita rasa kecewa??? Try to ask yourself, Kenapa kecewa?? Aien pernah tanya seorang sahabat, "Kenapa kita selalu rasa kecewa??".. Dia jawab, "Kerana kita terlalu bergantung kepada manusia."... Cuba kita tanya pada diri sendiri, "KENAPA KITA TERLALU BERGANTUNG KEPADA MANUSIA??".. Semalaman cuba berfikir jawapan tu.. Kita selalu meletakkan kebergantungan kepada manusia melebihi kebergantungan kepada Allah...

Beza antara kebergantungan kepada manusia dan kebergantungan kepada Allah...
Kebergantungan kepada MANUSIA: Kita pasti rasa kecewa, marah, sedih & macam2 lagi bila kita tak dapat apa yang kita hajatkan...
Kebergantungan kepada ALLAH: Allah tak pernah mengecewakan hamba-Nya.. Allah memberi selayaknya dengan apa yang kita patut terima.. Allah ambil sesuatu dari kita untuk digantikan dengan sesuatu yang lebih awesome..

So, lepas nie cuba sandarkan harapan tu kepada Allah.. Apa2 yang kita nak, berbalik kepada Allah, mintak Allah permudahkan.. Dan cuba belajar untuk Redha dengan apa yang Allah bagi.. Bila nak kan sesuatu, Cuba fikir balik, "sebab apa aku nak benda tu?", Kalau alasan kita perlukan sesuatu tu adalah untuk kebaikan & kerana Allah, Insya-Allah Allah akan mudah kan untuk kita capai, Tapi kalau nak memiliki untuk nak menunjuk kat 1 dunia yang kita ada benda tu, bersedialah untuk kecewa...

Saturday, March 23, 2013

Kahwin Boleh Selesai Masalah????

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam sejahtera Sweetheart... Lama tak meng'update' belog nie... Dah agak bersawang la kan... Sebenarnya, terlalu banyak benda yang nak di kongsikan... Tapi kekangan masa tak mengizin kan untuk selalu update... So sad... T.T

Hurm... Persoalan yang bermain diminda setiap orang bila diorang menghadapi masalah ialah jalan penyelesaian, Cuba mencari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah tersebut.. Pelbagai cara yang bermain di fikiran masing2, dan bagi sesetengah pihak berkahwin adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan beberapa masalah...

Ain pun dulu kalau berdepan dengan masalah2 tertentu, Ain pernah jugak kepikiran untuk kahwin... Pernah suatu ketika dulu Ain cakap, "Sape2 je yang masuk meminang Ain akan terima, kecuali dia" Settle masalah... Tapi tu pemikiran zaman dulu... Sekarang nie dah tak dah... Mungkin kerana meningkatnya usia, maka cara pemikiran pun mungkin berbeda... ^^,



Tapi bila fikir-fikirkan balik, macam lawak je pernah fikir macam tu... Sebenarnya, bukan semua masalah boleh selesai dengan perkahwinan... Kalau berkahwin dalam keadaan tak bersedia sepenuhnya mental & fizikal, Dan kurang ilmu kang nanti masalah lain pulak yang timbul...

Nak kahwih sebab nak elak beberapa masalah tu memang boleh.. Tapi pastikan Diri dah bersedia dari segala segi... Kena ada ilmu... Bukan pakai maen redah kahwin je... ^^,

Perkahwinan adalah FITRAH manusia... Tapi jangan sampai ianya menjadi FITNAH... =)

Friday, February 15, 2013

Hal Yang Membuatkan Sayyidina 'Uthman Hairan

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Salam Jumaat kepada sweetheart sekalian... Di pagi Jumaat yang indah lagi mulia nie, Aien nak kongsikan sesuatu bermanfaat untuk semua, Dan sesuatu yang boleh membuatkan kita sama-sama berfikir sejenak dan reflect balik diri kita... 




[Sayyidina 'Uthman bin Affan radhiyallaahu'anhu]


Tujuh Hal Yang MembuatkanDiriku Hairan

  1. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, namun dia masih ketawa.
  2. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, namun dia masih mencintainya.
  3. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, namun dia masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
  4. Aku Hairan melihat Orang yang sudah tahu bahawa di Akhirat kelak ada perhitungan amal, namun dia masih sibuk mengumpul harta.
  5. Aku Hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, namun dia masih tetap melakukan dosa-dosa besar.
  6. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal Allah s.w.t dengan yakin, namun dia masih mengenal yang lain-Nya.
  7. Aku Hairan melihat Orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuh besar nya, namun dia masih mahu mematuhinya.

 
Jom renung sejenak... Adakah kita di antara orang-orang yang membuat kan sayyidina Uthman berasa 'Hairan'??? Sama-sama kita cuba memperbaiki diri... ^_^


Wednesday, February 13, 2013

Can I..???

In The Name of Allah

Assalamualaikum & Apa khabar sweetheart.?? Harap semuanya sihat2 belaka & semoga sentiasa berada di bawah lindungan Allah... ^_^
Dalam entry hari nie Ain macam nak cerita pasal apabila budak2 mintak nak memasuki fasa yang baru... Tau tak fasa yang baru tu apa??? Fasa yang baru tu maksudnya daripada bujang nak masuk ke fasa yang lain iaitu fasa perkahwinan... He3... Tadi adik Ain ada jumpa Ain dan kitorang sembang kejap, sebab dah lama tak sembang kan...


My Bro: Akak... Aku macam dalam dilema la..
Ain : Dah kenapa pulak nak dilema nie??
My Bro: Hurm.. Aku nak sambung study, Tapi A***(gelpren die) suruh aku gi masuk meminang dia, Die tak nak sambung study... Setiap kali call die suruh aku gi jumpa parent die cakap pasal nie, rimas la...
Ain : Hurm... Kakak tak tau nak cakap ape, Yang mampu akak cakap korang fikir la yang terbaek.. Korang muda lagi, baru lepas SPM... Jauh lagi perjalanan....
My Bro: *diam*
***END***

Maka berakhirlah conversation kitorang...  Sebenarnya Ain bukan lah berniat nak menghalang die nak bertunang, tak de pun terniat kat hati nak cakap "Eh2.. Jangan nak langkah bendul".. Tak de, Kalau diri dia tu dah bersedia, langkah la berapa banyak bendul yang dia nak langkah, sikit pun Ain tak kisah.. Nie baru lepas SPM kot, jauh lagi perjalanan...

Kalau nak kawen sebab nak elak maksiat, Ain dengan rela hati akan gi pujuk mama suruh gi pinangkan si A*** tu untuk adinda terchenta... Nie kalau nak kawen sebab malas nak sambung study... Malam sikit kekandamu yang baik hati nie nak menolong nya... Memang tak la kan Ain nak tolong... Zaman sekarang nie pelajaran tu penting kot...

Perempuan pun kalau boleh belajar tinggi-tinggi, jangan sesekali pernah fikir "aku perempuan, belajar tinggi mana pun kat dapur jugak tempat aku, baek aku tak payah belajar"... sebab kita tak tau ape yang akan jadi pada masa akan datang... Cuba fikir untuk jangka masa panjang... Belajar tinggi-tinggi, kerja elok-elok... Nanti dah kawen, terserah nak terus kerja ataupun nak berhenti... Hurm... Rasa nya kena gi jumpa bakal adik ipar tu, nak kena bagi tazkirah sikit kat die... =.="

Huh... Dah habis membebel... Jangan terburu2 dalam buat keputusan yang penting nie... Kawen bukan sehari dua.. sekarang nie korang muda lagi, memang la rasa kawen tu best, sanggup tak nak sambung study sebab nak kawen... tapi nanti bila dah ada anak, masa tu pulak kerja siang malam baru dapat gaji  RM50 sehari, dengan anak-anak nak membesar, keperluan keluarga semua nak kena penuhi, time tu baru korang akan rasa menyesal sebab tak sambung belajar...
Fikir lah sebelum buat apa2 keputusan tu...
Rasulullah berkata: "Bertindak dengan perlahan-lahan adalah dari Allah, dan terburu-buru itu daripada syaitan" 
Ok... Dah habis dah membebel untuk fasa kedua... Apa-apapun, istikharah la, mintak Allah tunjuk jalan yang terbaik... ^_^

Tuesday, January 1, 2013

Tahun Baru Semuanya Baru...

In The Name Of Allah...

Assalamualaikun & selamat tahun baru sweetheart... Secara tak rasminya umur kita meningkat naik lagi satu tangga, maka makin meningkatnya usia bermakna semakin dekatnya kita dengan kematian... Entry hari nie bukan entry penutup, tapi ia merupakan permulaan lembaran baru bagi seorang 'AIEN'.. Cewwah... Kemaen lagi ayat dia... Ha3... =.="

Macam tahun-tahun yang sebelumnya la kan.. Setiap kali tahun baru menjelma, mesti semua pakat dok 'berazam'... Macam-macam 'azam', "Azam aku tahun ni aku nak berubah", "Start hari nie aku da tak nak kacau orang",  "Azam aku tahun ialah nak menyempurnakan segala azam yang pernah aku buat sejak 28 tahun lalu tapi satu pun belum tertunai", and bla bla bla... Banyak lagi la 'azam' yang konon nya harus ditunaikan... Tapi sampai je ke tengah tahun, mana pergi segala 'azam' tu semua..?? Ke laut semuanya... Betul tak... Ha3... Sebenar nya bukan nak bebel pasal 'azam' sangat pun, tapi lebih kepada peringatan untuk diri sendiri jugak la kan.... 


Kalau perasan la kan, sejak-sejak habis sekolah, dah tak berapa rasa sangat tahun baru tu, tak tau la orang lain macam mana.. Tapi aku seriously tak rasa apa istimewanya tahun baru.. Kadang-kadang sampaikan jadi gini ---> "Eh, hari nie da 31 Dec ea... Tak perasan pun"... Kan3... Ha3... Kalau masa sekolah dulu, kita cukup perasan tahun baru, sebab setiap kali masuk tahun baru, mesti pergi sekolah semuanya baru, Bag sekolah, Kasut sekolah, Baju sekolah, etc... Tapi bila dah habis sekolah tahun baru tak berapa nak rasa sangat, sebab apa?? Sebab masa tahun baru semua orang tengah sibuk dengan kelas la, exam la, assignment la etc... 

Tapi pada aku Tahun Baru 2013 ni sedikit berbeda... Sebab, insya-Allah jika di panjangkan usia & di izinkan Allah pada 1/1/2013 aku akan mendaftar untuk sambung study... Ha3... Macam kanak-kanak baru nak masuk sekolah la kan... Nie baru nama nya betul-betul tahun baru, and semua nya baru... Rasa macam tak sabar-sabar je nak masuk belajar... Macam perasaan first day sekolah gitu... Ha3... Saja ja buat excited.. Padahal takda apa-apa pun... Bhahahahaha

Akhir kalam dari saya 'Majulah Sukan Untuk Negara'... Eh silap2... Selamat Tahun Baru 2013... Semoga Tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya... Dan moga hari ini lebih baik dari semalam dan begitu juga untuk hari-hari yang OnTheWay(Dibaca: mendatang)... Adios~ 

Wasalam... ^_^


Wednesday, November 21, 2012

Semakin Sibuk....

In The Name of Allah

Assalamualaikum & salam sejahtera readers... Semoga anda, anda, & anda semua dirahmati Allah hendaknya... Cewwah... Berbahasa buku la pulak kan... Huh.... Setelah sekian lama hari tu tak blogging kan, nie baru rasa rajin sikit lepas post entry 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'. Harap2 sifat rajin hapdet (up date) blog nie akan berterusan hendaknya...

Macam tajuk entry tu, mungkin untuk beberapa ketika ini akan busy sikit mungkin sampai 10/12/2012 nie kot, dalam masa lebih dua minggu tu semua nya mungkin akan jadi terhad, masa ber'Facebook'ing, Twitting, Blogging, 'text'ing, etc... Berkemungkinan jugak tak dapat online... OMG... OMG... OMG... Tak dapat online???? Sanggupkah aku..??? Insya-Allah sanggup, boleh je kan hidup tanpa online... Dan dalam masa lebih dua minggu nie jugak kena belajar tidur awal dan bangun awal, supaya boleh jadi contoh kepada adik2 semua....

Ape yang si Aien nie dok mengarut nie!!!!!!! *tension baca Aien mengarut*.... Ok, fine.... Sebenarnya hari tu Aien ada bagi nama untuk jadi fasilitator untuk 'Islah Smart Camp' yang di anjurkan oleh 'Pusat Pendidikan Al-Islah (PPAI)' a.k.a sekolah lama 'beta'... Cewwah... ayat 'beta' tu paling mahal tu... He3... ^^,

Ini camp nya... ^^,

Insya-Allah esok bersamaan 22/11/2012 pada hari khamis lepas asar akan ada perjumpaan untuk fasilitator & penggerak camp.

Tiba2 rasa macam tak layak je nak jadi fesi untuk program macam tu... Sesungguhnya anak2 kecil seawal usia 8 tahun yang di hantar ke camp tu, sangatlah suci hati diorang, rasa tak layak nak didik diorang sebab hati ini telah dinodai dengan perkara2 yang tak elok, yang 'lagho' (lalai)... 

Barang2 pun langsung tak kemas lagi... Rasa macam sangat tak bersedia, dan sangat tak layak, kerana hati ini tak cukup bersih untuk mendidik orang lain... Sangat menyedihkan... Kan3.... Y____Y

Moga Allah bagi kekuatan dan kesabaran kepada ku untuk mendidik mereka... Moga Allah perlihara hati ini sepanjang berada di sana & sampai bila2... Moga Allah tuntun hati ini & langkah ini ke jalan redhanya.... Amiinnn.... ^^,

Ini sahaja yang mampu Aien coretkan disaat ini, Tiba2 rasa sebak teringatkan 'second cousin' yang dah kembali ke rahmatullah 5 tahun yang lepas akibat leukemia.... Mohon readers sekalian sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau... Maaf jika ada kekurangan pada entry ini... =)

P/S: Dari Allah kita datang, dan kepadaNYA jua kita kembali... 

Tuesday, November 20, 2012

Nasihat Luqman Kepada Anaknya... ^^,

In The Name Of Allah

Assalamualaikum & salam sejahtera dear readers (bajet macam ade orang nak baca)... Hari nie Alhamdulillah Allah dah gerakkan hati Aien untuk tulis tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Sebenarnya dah lama Aien nak share kan cerita nie, since Aien baca buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran' yang Aien beli untuk Lutfi (adik bungsu), tapi tak berkesempatan... Memandang kan lagi beberapa hari Aien akan sedikit sibuk, makanya Aien pun akan share hari nie hokeyy... =)

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Source: Inche google

Pada zaman dahulu kala, ada seorang yang bijak yang bernama Luqman. Dia mungkin cucu kepada saudara perempuan Nabi Ayub a.s atau cucu kepada ibu saudara Nabi Ayub a.s. Allah memberinya limpah kurnia dan meminta dia bersyukur kepada Yang Maha Berkuasa dan berfirman:
"Sesiapa yang bersyukur kepada Allah akan dicucuri rahmat, tetapi jika seseorang itu menidakkan pertolongan Allah, maka Allah tidak menghendaki sesuatu daripadanya"

Pada suatu hari, Luqman memanggil anaknya lalu memberikan beberapa nasihat yang berguna. Dia berkata:
"Oh anakku, tiada lain yang patut disembah melainkan Allah; kerana memuja berhala adalah satu dosa yang keji"

Luqman berkata:
"Anakku, Allah akan mendedahkan semua perkara, sama ada ia sebesar biji sawi, sama ada ia tersorok di dalam batu atau di langit dan bumi. Allah Maha Pengampun dan Maha Mengetahui"

Luqman meneruskan:
"Anakku, berdoalah selalu" 

Luqman juga menasihati anaknya supaya bercakap untuk menegakkan keadilan dan mencegah kejahatan.
"Hendaklah bersabar dengan apa sahaja yang berlaku kepada kamu. Itu adalah tanggungjawab semua manusia."

Seterusnya Luqman menasihati anaknya:
"Jangan menghina sesama manusia"

Luqman juga memberitahu anaknya:
"Jangan bersikap sombong dan bangga diri di bumi Allah ini. Tuhan tidak menyukai orang yang angkuh dan bercakap besar. Kamu hendaklah bersikap sederhana."

Nasihat terakhir yang diberikan kepada anaknya adalah supaya bersopan santun:
"Sentiasa merendahkan suaramu. Suara yang paling kasar ialah ringkikan suara keldai"

Nasihat-nasihat berhuna yang diberikan Luqman kepada anaknya itu adalah untuk menjadi pedoman dan ikutan kita semua, supaya kitaboleh menjadi insan yang baik.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sekian sudah kisah 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'... Semoga pembaca2 dapat ape yang cuba Aien sampaikan menerusi cerita 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya' ini...... Wallahu'alam..... ^_^

P/S: Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang mesej dan maksud ayat2 Allah, baca dan hayati Surah Luqman [31: 12-19], yang menceritakan tentang 'Nasihat Luqman Kepada Anaknya'....

Sumber: Buku 'Cerita Teladan Di Dalam Al-Quran', Kitab suci Al-Quran....


Saturday, September 22, 2012

Kelembutanku....

In The Name of Allah

P/S: Nie bukan entry puji diri sendiri... (^_^)v

Assalamualaikum & salam ukhuwwah dear reader's..... Seperti yang dah tertulis diatas, nie bukan entry puji diri sendiri tau.... Tau3.... ha3....

Sebenar nya Aien just nak mencerita kan perihal nama setiap orang yang mempunyai maksud yang melambangkan diri diorang...  For the example nama my lil brother... Nama nya Muhammad Lutfi yang bermaksud 'Yang terpuji, Kelembutanku', and diri die sekarang nie Memang lembut (Bukan lembut kot lain ea)....

Adik Aien tu terlalu lembut hati die... Tak pernah gaduh2 dengan orang... Orang buat apa dia diam je...  Kalau dia tak suka kita buat pape pun dia diam je... Orang Mintak ape pun dia diam je... Kalau dia tak bagi pun dia diam je... he3... Itulah dia Muhammad Lutfi tak pernah bersuara kalau marah kan sesuatu... Tapi pandai paku orang...ha3....



Tu je dulu cerita pasal Lutfi.... Nanti ade mase kita open table laen ea cerita pasal lutfi... ^^,

 Sorry entry hari nie pendek je... =)

Saturday, August 25, 2012

Jangan Pandang Sebelah Mata!!!!

In The Name of Allah...

Assalamualaikum & Salam Aidilfitri semua... Wah2.... Semua orang pakat dok tayang duit raya ea sekarang... ha3...

Entry hari nie kan berangin tak berangin sangat la, nak kata berasap pun tak de la sangan sebenarnya... Tapi geram tu ade la sikit....

(^_^)v

Nie kes promoter2 yang suka 'pandang sebelah mata' pada student2 yang macam aku nie, macam aku yang aku maksud kan di sini, yang jenis pi shopping pakai t'shirt muslimah @ baju kurung yang tak de style langsung... Panas betul la kan kalau kita nak beli barang tapi promoter buat 'derk' je...

Al-kisah beberapa bulan @ tahun yag lepas, kitorang gi 'Pacific' sebab nak cari sweater untuk adik kawan aku... Aku & sahahat sehati sejiwa aku pun terus menghala ke jenama kanak2 la kan sebab adik die baru darjah 6 masa tu... Setengah jam kitorang berdua berdiri kat situ, and ade 3 orang promoter kat area tu diorang boleh dok sembang & buat 'derk' je, macam kitorang nie patung display kat situ, diorang toleh kat kitorang, lepas tu sambung bersembang... Berasap jugak la time tu kan... Dah la baru balik kelas... Diorang ingat kitorang 'sengkek' sangat ke... Kitorang pulak yang kena pergi kat diorang & mintak buat bill.... Terus terbantut niat nak tengak baju barang sepasang dua.... Y__Y

Dan kisah terbaru baru je berlaku petang tadi.... Di sebab kan adik aku dah nak 'fly' beberapa hari je lagi, aku sebagai kakak mithali (perasan jap) rasa terpanggil untuk teman die gi beli kasut lagi sepasang, pilih punya pilih, akhir nya jumpa kasut yang sesuai & dia berkenan, dia pun setuju la nak amek kasut tu, sekali akak promoter tu dengan rasa tak berdosanya kata, "Dik, kasut nie tak de discount tau".. Erk, aku rasa time tu adik aku rasa macam nak rebus je akak tu... Ade ke patut kata kat customer macam tu... Aiyoo.. Dey akak, sebelum orang setuju nak amek kasut tu, orang mesti la dah tengok berapa harga nya...

Nie la di antara situasi yang selalu Student2 alami bila nak beli barang mahal atau ada brand... Memang tak patut betul la nilai orang dari segi umur , pakaian & luaran...

Lagi satu hal bila orang beli barang mahal guna card, orang mesti senyum sinis... Dey... Orang guna debit card la.. Duit sendiri... Bukan duet orang laen pun...*Pesstt2 Tengok tak lagi Debit card Maybank...??? 'Debit Card MU' kowt * ha3....

ngeh3... $_$

*Mak aku selalu pesan... Biar orang tengok kita pakai kereta buruk, baju tak cantik, Tu semua tak penting... Isi purse tu yang penting... =)

Sunday, August 12, 2012

Ramadhan Kian Berakhir

In The Name of Allah


*bersihkan sawang2 di blog* Assalamualaikum & Selamat berhujung minggu (ayat standard speech)... Lama nya tak update blog... Almost  1 month dah rasa nya... Diam tak diam sekarang nie dah masuk ke fasa ke-3 bagi bulan Ramadhan (10 akhir Ramadhan) dah kan, Fasa ke-3 merupakan fasa penghindaran dari api neraka... Rasa Macam baru semalam start puasa.... Rasa Sedih bila mengenangkan Ramahdan akan berlalu meninggalkan kita...T__T

Tak tau lagi Ramadhan akan datang kita akan bertemu lagi ke tak... Macam mana dengan amalan kita Ramadhan kali nie..??? Makin meningkat ke makin berkurang..??? Kadang2 bila muhasabah balik diri nie, rase nye ibadah kita same je dengan bulan2 sebelum nie.... Rasa sedih sangat... T__T

Sepanjang Ramadhan nie setiap minggu mesti balik rumah, & sepanjang kat rumah tu selalu sembang dengan adik Aien... Adik Aien cakap, "Aku tak rase macam nak raya pun. rasa macam kejap sangat puasa. Rasa macam tak puas lagi.".... Aien ingat aku sorang je rasa macam tu, rupa nya adik Aien pun rasa benda yang sama...T__T

Eh2... Panjang pulak entry hari nie... Ok2... Aien nak sambung buat kerja da... Pesanan akhir Aien untuk semua, Jom sama2 mempersiapkan diri untuk cari 'Lailatul Qadr'.... (^^,)

Friday, July 6, 2012

Si Dia..

In The Name of Allah

Assalamualaikum and Selamat berhari jumaat... Hari nie cuti setelah seminggu start kerja, sebenar nye tak berapa sihat sangat hari nie.. And entry nie dah beberapa hari dah sebenar nya nak tulis, tapi tak berdaya sebab baru2 nie Aien eksiden, so tak de semangat nak buat pape pun....=(

But today Aien nak jugak tulis pasal 'Si Dia' nie..he3... Sebab apa Aien nak tulis pasal 'Si Dia' nie..?? Sebab daripada hari ahad hari tu Aien start kerja, sampai lah semalam ade beberapa orang insan tanya Aien pasal 'Si Dia' nie, so hari nie Aien nak bercerita tentang 'Si Dia'... Cewwah... Kemaen die...Bhahahaha

Ok, 'Si Dia' nie sebenar nya dah wujud lama dah sebenar, tapi Aien tak tau siapa dia, kat mana dia sekarang, macam mana rupa dia, umur berapa dia, senang cerita Aien tak tau pape pun pasal dia... Sedih kan... Tapi kalau boleh Aien nak dia ada beberapa ciri2 nie...

  •  Menghayati Agama.
  •  Mampu memimpin keluarga.
  •  Berakhlak mulia.
  •  Menghormati Ibu Bapa.
Rasa nya kalau ada 4 perkara nie dah cukup kowt... "Dan saya nak awak tau, saya tak kisah kalau awak nak tinggal dengan parent awak lepas kita kawen nanti..."(<---- untuk 'Si Dia')

Tu je kot yang Aien nak tulis... Nak gi basuh kereta jap... Esok dah nak balik Alor star... Babai... Assakamualaikum...=)




Thursday, July 5, 2012

Eksiden..... =(

In The Name of Allah

Assalamualaikum and Good Morning (^_^)v.... Hari nie ada rasa sedih, berdebar, takut, semua ada....
U know why..?? Semalam Aien eksiden.... Terkejut gila... Tak pernah lagi eksiden sepanjang Aien dapat lesen nie....

Rasa takut pun ada... Sebab Aien bawak kereta ayah balek ke Alor Star, kereta ayah tu baru je cat baru tak sampai 2 minggu pun lagi... Takut + cuak.....

Aien bukan takut pasal nak baiki, Aien risau pasal kepercayaan parent Aien terhadap Aien... Takut diorang da hilang kepercayaan untuk bagi Aien drive da lepas nie.....

Petang nie Aien kena balik Penang... Moga Allah beri kekuatan untuk berterus terang....

Bumper depan



Bumper belakang




Mohon simpati, Sekian....=(

Monday, June 25, 2012

Hijau Putih....

In The Name of Allah



Hai3.... Nie mesti ada yang nak cakap, "What??? Hijau putih..??? What the..."... Weyh ape 'what the'2... Aku hentak dengan kayu hoki baru tau...  Nak tau apa kisah 'Hijau Putih' tak..??? Ok, Aien citer ea...
Al-Kisah bermula apabila tadi balik daripada rumah my aunty, parent Aien singgah rumah kawan diorang untuk ambil barang...

Berhenti betul2 depan pagar rumah kawan my parent, lepas tu tengok lampu pagar rumah kawan my parent tu, cun ooo... Lampu die warna hijau ala2 'Japanese style' gitu (padahal lampu kat pagar rumah aku pun colour hijau jugak)..ha3.... Tapi lampu kat rumah orang lain cantik dia lain macam sikit...he3...

Nie dialog antara kitorang adik beradik:

"Lawa seyh colour die, nanti aku kawen aku nak buat 'Japanese Style' jugak ar, tapi mama cakap, majlis aku nanti nak buat kat masjid je, macam tak proper la pulak nak pakai 'Kimono' kat Masjid"... -Kakak-

"Gatal ea, Cakap kat mama"...-Ecah-

"Nanti rumah Lutfi, Lutfi nak cat colour 'Hijau dangan Putih' la"...-Lutfi-

....(Erk... nie apesal tiba2 masuk pasal rumah nie) *blur*...-Kakak-

"Amboi, kecik2 da pandai cakap pasal politik kan, pandai ea"...-Kakak-

"Mana ada.... Muallimah (cikgu perempuan) Lutfi cakap"...-Lutfi-

"Ok2, kakak tau, Muallimah Lutfi cakap colour Hijau Putih tu warna syurga kan(ayt nak cover balik)?"...-Kakak-

"Haa"...-Lutfi-

He3... Macam suwit kan kisah 'perchentaan' kitorang adik beradik...=)

*Tak baek buruk sangka tau... And hijau colour yang menenang kan... =D

Saturday, June 23, 2012

Berakhirnya Sebuah Penantian...

In The name of Allah

Hai oulzz... Hari nie baru la boleh nak senyum sampai ke telinga, sebab hari nie Aien dapat satu berita gumbira yang da lama di nanti2.... Ce teka... Ce teka... o_~

Apa..??? Pregnant...??? Oh no... Kawen pun belum lagi sayang ooiii.... Jawapan laen....
Kawen..??? Tak de la... yang tu lambat lagi la..... ha3.... Ok2... Aien citer ea....

Tadi bangun2 je pagi mama ajak gi maen bowling, sebab esok mama ada competition.. Kunun2 macam nak berlatih la kan... Oleh kerana Aien nie femes dengan gelaran 'anak yang patuh pada kedua ibu bapa', Aien pun gi la teman mama (k fine... ni ayat bajet)...ha3...

Lepas balek bowling kitorang gi amek Lutfi balek tuition kat 'Smart Reader Kids' Kepala Batas... lepas 2 rasa macam malas nak balek lagi, gi la lepas kat KFC jp, cuci2 mata gitu...ha3....

Then sampai2 depan pintu pagar rumah, mama kate, "Eh, ade surat la"... Tiba2 Aien jadi excited... turun2 kereta Aien terus gi kat peti surat, tak sempat nak bukak lagi peti surat tu Aien da nampak surat yang atas sekali, surat yang atas sekali adalah surah untuk anak parent Aien yang paling 'vogue-gedevas' iaitu Aien la kan (k, sekali lagi ayat bajet)...ha3... Surat ape..?? Nak tau ke...??? jeng3.... Ce tengok kat nie... =D


Nampak tak daripada sape surat tu..?? This letter from PEJABAT MARA NEGERI KEDAH yu...ha3... Akhirnya, berakhir juga sebuah penantian...ha3.... Da dekat 2 minggu kowt Aien tunggu surat nie... My parent macam exited giler nak suruh Aien bukak serat tu... Tapi rasa berdebar2 jugak la kan mase nak bukak tu, sebab tak tau ape isi nye... Tapi bukak jugak la..... Dan ternyata, inilah isi nye....(bawah)

Nampak tak..??? Nampak tak..??? Alhamdulillah, akhir nya..^_^

Setelah beberapa tempat mintak, akhir nya dapat jugak... Dan ini bukan lah pilihan pertama Aien... And mama ada cakap, "Mungkin Allah dah atur kan yang terbaek untuk kakak", Thanx mama, Ayah & sume adik-beradik Aien... And Thanx jugak for kawan2 yang selalu bagi sokongan untuk tidak menangis (Miela, Qamar & Paan)... =)

Kita merancang, Allah juga merancang.. Dan sebaik2 perancangan adalah perancangan Allah...

  *Kadang-kala, pilihan pertama bukan lah yang terbaek untuk kita...=D

Wednesday, June 20, 2012

Sweet Chat...^^,

In The Name of Allah

After a few weeks, aku rasa this blog dah penuh sarang labah2, kan3....ha3.... Tajuk entry kali ni 'Sweet Chat'

Wah3, tajuk entry die 'Sweet Chat' yu.... bajet so suwit lettew kan... Suwit kerr...ha3... Ok2... 'Sweet Chat' tu menatang hape..?? sama dengan 'Sweet Talker' ke..?? Or sama dengan YM, Skype, etc...?? 

Tak2, tak same bengan benda2 tu sume... he3... Maybe bagi orang2 KL da familiar da dengan nama 'Sweet Chat' tu, tapi bagi orang2 yang tinggal kat luar KL mungkin jarang nak dengar kowt, sebab Aien yang selalu gi KL pun baru 1st time dengar...ha3...

Ok, back to the topic, 'Sweet Chat' tu sebuah cafe sebenar nye.. Makanan die not bad ar... Daripada 'Secret Resipe' ke 'Kenny' ke ape2 ke, Aien syor kan korang gi 'Sweet Chat' la... Sebab rase nye die punya price memang berpatutan & lagi murah kot (kot jela kan) =D
'Sweet Chat' yang Aien pergi nie terletak kat Mid Vally , kat 2nd floor kalau tak silap la...

Kitorang order 2 set 'Spaghetti', 1 set 'Durian Pancake', 1 set 'Mushroom Soup' & 1 'Durian Cendol'....

Pic macam tak clear, sebab die berlampu...^^,

Just a water....^_^

Ok, yang 'Durian Pancake' tu bukan dalam set, set nie desert die 'Bubur Pulut Hitam'

Yang kitorang makan RM 57.10 je... Lagi RM 9.14 tu diorang punya 'Service Charge + Tax'
Nie kalau pergi dengan ayah nie mau nye kene bebel sebab ade 'Service Charge'..ha3..

Pic 'Spaghetti' nie je yang Aien boleh upload, sebab pic 'Spaghetti' lagi satu dah ter'delete',
And sangat mendukacita kan, sume pic kat dalam camera ter'delete' sebelum ia sempat di'transfer' kan ke laptop...
Nasib baek la insan yang ter'delete' tu comel, kalau tak, mau terbalik Mid Vally tu...ha3...
Nama je bawak laptop ke hulur ke hilir, tapi nak on nye memang payah...ha3...

*Actually nak upload sume pic kat melaka, tapi hajat tak kesampaian sebab sume da musnah...sob3...T_T